BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Misbun Sidek

misbun perlu juga diberi pangkat datok.
cuba ko bayang jika dia tak dapat.
kemudian latih chong buat itu ini.
chong pukul macam ini.. macam tuu ..
mesti chong marah.. mesti dia suruh panggil dia dato..
 
byk btul datuk kat m'sia neh...pegi melancong ke angkasa lepas pon leh jadi datuk...berenang kat selat inggeris pon leh jadi datuk...huhuhu..
 
byk btul datuk kat m'sia neh...pegi melancong ke angkasa lepas pon leh jadi datuk...berenang kat selat inggeris pon leh jadi datuk...huhuhu..

sbb diowg dah harum kan negara
:)cgrock
 
tahniah datuk misbun...

aku ske servis S misbun... :D
 
Misbun Sidek dianugerah gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos — Kerajaan Negeri Melaka akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran datuk kepada jurulatih badminton perseorangan negara, Misbun Sidek, sebagai menghargai jasanya mengharumkan nama negara dalam sukan itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, darjah kebesaran itu akan disampaikan kepada Misbun oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka pada Khamis ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Mengkuang Titi di sini, beliau berkata, jasa Misbun amat besar kepada negara.

“Bukan sahaja beliau berjaya melatih Lee Chong Wei sehingga memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik di Beijing baru-baru ini, malahan beliau sendiri turut mencipta beberapa kejayaan semasa menjadi pemain badminton negara dahulu.

“Kita menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan pingat pada sukan Olimpik dan setelah saya berbincang dengan Yang Dipertua Negeri, beliau bersetuju menganugerahkan darjah kebesaran Melaka iaitu DMSM (kepada Misbun) yang membawa gelaran datuk,” katanya.

Mohd Ali berkata, selain menjadi juara kebangsaan sebanyak tujuh kali, antara kejuaraan yang pernah dirangkul Misbun pada kejohanan antarabangsa ialah Terbuka Jerman, Terbuka Sweeden, Terbuka Kanada, Terbuka Malaysia, Terbuka Taiwan dan Terbuka Singapura dan yang terakhir dipilih sebagai jurulatih terbaik. - Bernama
 
ko lewat 1 jam..

dah ada dah tadi :))
 
okie lah e2..
dia pun dah banyak berjasa kepada negara
 
Kalau Silver Medal dapat tittle Datuk... GOLD Medal kat London 2012 nanti dapat tittle apa plaks ek? Nenek? :-? :D
 
Back
Top
Log in Register