BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Misbun Sidek

dapat datuk pun takpe... sekurang2 nampak juga jasanya...
 
misbun really deserve it

I agree with u. Misbun bukan saja banyak berjasa, tapi jugak banyak berkorban demi badminton negara.

Kalau ikutkan dulu, BAM nak bagi jawatan Ketua Jurulatih pada misbun, tapi misbun tolak. dia cakap dia lebih senang jadi jurulatih biasa so senang direct train player. Ketua Jurulatih tu kemudian dapat laa ke Yap Kim Hock.

Ni ada 'sedikit' jasa2 dan kejayaan Misbun sebagai jurulatih:

- Rashid Sidek. selepas kemenangan piala thomas 1992, ramai yang tahu kemerosotan prestasi pemain2 badminton kita selepas itu. Rashid Sidek tidak terkecuali dari mengalami sindrom tersebut. memandangkan situasi itu, Misbun mengambil inisiatif bersama adiknya jalani sidek menubuhkan Nusa Mahsuri sebagai sebuah kelab badminton. dan rashid sidek join nusa mahsuri dan hasilnya pada 1996, rashid berjaya membawa pulang pingat gangsa olimpik, mengulangi pencapaian abang2nya jalani/razif sidek memenangi gangsa olimpik jugak (aku tak ingat tahun)

- Roslin Hashim. dia ni misbun berjaya bentuk dia dari zero sampailah menjadi pemain no 1 dunia. masa tu memang zaman kegemilangan pemain2 indonesia menguasai pentas (1998-2002) dan memang sudah lama pemain kita tak dapat gelaran sebagai pemain no 1 dunia (tak silap aku kali terakhir ong ewe hock kot)

- Hafiz Hashim. dia adalah adik kepada roslin. sama2 berlatih dengan roslin di nusa mahsuri. tak silap aku dulu hafiz bermain beregu. misbun berjaya membentuk hafiz menjadi pemain yang baik bermula dengan emas sukan komanwel 2002 kemudian juara plak all england tahun 2004 (rasanya hafiz player kedua menang all england selepas eddy chong-kalau aku salah, tolong betulkan)

- Lee Chong Wei. ini merupakan kejayaan terbaru misbun. memenangi pingat perak olimpik pertama bg kategori perseorangan.

so, pada pendapat aku, memang selayaknya Misbun mendapat penghargaan dari kerajaan. itu belum lagi dikira pengorbanan dia meninggalkan family dia, arwah anak pompuan dia meninggal dunia masa misbun bersama pemainnya berjuang demi negara di tournament. baru2 ni plak isteri dia plak terlantar di hospital sorang2, misbun terpaksa bahagikan perasaannya demi negara, demi pemain kesayangannya chong wei. itulah misbun, seorang anak yang paling nakal dalam keluarga allahyarham haji sidek kepada seorang pemain yang pelik dalam sejarah negara dan kini, menjadi jurulatih paling berjaya dalam sejarah malaysia. terima kasih datuk misbun atas jasa2 datuk. terima kasih allahyarham haji sidek, kerana begitu cekal dan berjaya membentuk misbun dan anak2mu menjadi manusia yang berguna... :)cgrock
 
Dier nih takper..Dah memang dari dulu dier ade jasa.. Si LCW tuh belum pencen lagi dah ratus ribu juta dapat...

di politik kan la bro..tgk la sape kepala tu..yg licin2 cam kat avatar kau :)) :)) .. hehehe
 
kenkadang tok tengok ada orang sesenang aje dapat datuk.. ada pulak dah mati baru dapat datuk...:(
 
Back
Top
Log in Register