BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Lee Chong Wei hidap kanser hidung

Pay-Bux

Active+ Member
Messages
3,542
Joined
Jan 18, 2012
Messages
3,542
Reaction score
248
Points
33
Kecoh Chong Wei menghidap kanser hidung

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Peminat badminton tanah air hari ini dikejutkan apabila tular di media sosial bahawa jaguh No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei dikatakan menghidap kanser hidung tahap tiga.

Menurut mesej tersebut, pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu dikatakan mendapatkan rawatan di Taiwan kerana masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut.

Usaha Utusan Online menghubungi Chong Wei bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu bagaimanapun gagal, manakala Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai memberitahu, Chong Wei akan pulang ke tanah air dalam tempoh dua minggu lagi selepas menjalani rawatan di luar negara kerana mengalami masalah pernafasan.

Chin Chai, yang tidak mendedahkan lokasi di mana Chong Wei berada bagaimanapun hanya berkata, proses rawatan pemain berusia 36 tahun itu berjalan baik selepas berkesempatan melawatnya baru-baru ini.

“Rawatannya dijangka selesai minggu depan. Seperti semua tahu, Chong Wei menjalani rawatan di luar negara dan dijangka pulang dalam tempoh dua minggu lagi.

“Dia masih perlu berehat selama sebulan sebaik kembali dan selepas itu doktor akan memantau serta memaklumkan sama ada dia boleh bermain semula,” kata Chin Chai semalam.

Masalah pernafasan yang dialami Chong Wei menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing serta Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan lalu. - UTUSAN ONLINE

http://utusan.com.my/sukan/badminton/kecoh-chong-wei-menghidap-kanser-hidung-1.752437
 
Dnr4KkqU4AAlOse.jpg

Dnr4J4gUcAIwMBQ.jpg

DnrZsc0V4AAnxPy.jpg

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini, berkata bekas pemain nombor satu dunia itu sedang menjalani rawatan di Taiwan.

"Sebagai maklum balas terhadap laporan mengenai Chong Wei, BAM mengesahkan pemain berkenaan didapati mengidap kanser hidung peringkat awal. Proses rawatannya berjalan lancar dan ketika ini sedang berehat bersama keluarga dan teman rapatnya.

"Bagi pihak Chong Wei, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan berdoa untuk dirinya. Sokongan anda akan memberi kekuatan kepada Chong Wei," kata Norza.

Masalah kesihatan Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu.

Susulan itu, Meja Sukan NSTP melaporkan pemain berusia 36 tahun berkemungkinan besar terpaksa 'menggantung raket' kerana sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang serius.

Mengulas lanjut, Norza meminta semua pihak untuk menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya dalam menghadapi situasi sukar ini.

"BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan memberikan sebarang bantuan yang diperlukan kepada legenda badminton kita," katanya.


https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2018/09/476806/chong-wei-hidap-kanser-hidung
 
semoga DLCW boleh melawan cancer hidungnya...

ahli sukan yang akktif pun belum tentu selamat dari kanser
 
kanser ni berpunca dari gaya hidup.

makan x jaga, makan supplement mcm2 , guna produk kecantikan (kanser kulit) , terlebih main game dan kurang tidur (kanser otak), merokok vape menganja (kanser paru2), kuat membebel dan mengumpat (kanser mulut) , cemburu suka fitnah (kanser hati).

ni contoh faktor risiko je.
 
kan da keluar official statement.. kenapa mesti sebar benda fake yg ada ??? ni
 
Back
Top
Log in Register