BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datin hilang RM1.5 juta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuching: Seorang ahli perniagaan bergelar datin kerugian kira-kira RM1.5 juta selepas barang kemas dan mata wang asing dilarikan penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Jalan Lapangan Terbang di sini, kelmarin.
Kejadian itu disedari mangsa yang berusia 63 tahun sebaik pulang ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah, mangsa mendapati pintu utama rumahnya rosak dipercayai dipecahkan penjenayah sebelum bergegas masuk untuk membuat pemeriksaan.

Rumah berselerak

“Mangsa terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak dan pemeriksaan mendapati 10 jam tangan berjenama, dua set barang kemas, mata wang asing dan wang tunai RM2,000 hilang.

“Mangsa menganggarkan kerugian RM1.5 juta,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, yang mengesahkan kejadian itu, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke rumah mangsa sebaik menerima panggilan telefon.

Katanya, siasatan awal mendapati rumah itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup dan alat penggera keselamatan.

“Polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti penjenayah,” katanya.



sumber:http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/DatinhilangRM1_5juta/Article/
 
banyak betol simpan harta kat rumah..#:-S#:-S
 
padan muka datin
mungkin dia bakhil kot.
simpan harta lam umah bnyk giler..
 
tu dia aih.. qenyeh pencuri tu blk.. teruih jutawan
 
takpo datin.. kat dalam bank ade lebih 20 juta lagi..
 
biar betul declare harta banyak ni...tpi xde rase nak protect ke...pasang cctv ke..guard ke...huhu...
 
Back
Top
Log in Register