BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dashcam Kereta: 8 Tips Untuk Memilih Yang Terbaik!

skang pakai model dan brand apo? apa function yg kurang tu?
Skrg pkai brand china..xtau ape tahh.. kedai aksesori yg psg.. Rm280 siap psg.. gambar smua cantik..tp dah lama pkai dia terhentak skit dia restart then dia record blik.. dah lama beli xpenah godek.. ade 1 hari tu saje la nk godek dlm tu.. dia ade function bole letak plat no kt situ..tp nk letak xbole sbb kena ikut china pnya plat no.. haha.. terkono la dgn kedai aksesori.. tp kualiti kamera mmg tiptop..1080hd.. bwk kluar tgk kt laptop lg terang..
 
selain dashcam 70 mai, dashcam brand ape lagi yg berbaloi pakai?
 
Review Pemilihan Dashcam

Tak pernah survey dashcam sebelum ni. Tapi bila mula survey sejak awal minggu ni, rasa pertama kali dalam hidup rasa tak reti nak buat pilihan gajet mana yang akan memuaskan hati

Sebab tak ada dashcam yang ada semua benda yang aku nak

Apa yang aku nak?

1) kualiti record dalam 4K yang memang real 4K. Bukan interpolated. Untuk dua-dua kamera depan dan belakang

2) ada parking mode. Preferably yang jenis user boleh pilih antara time lapse mode, buffered mode motion detection, buffered mode untuk event detection. Dan yang boleh pilih / kombinasi antara 3 mode tu sambil masih tak makan bateri kereta

Benda ni best sebab dia macam jadi extra CCTV. Ramai pencuri akan cautious dengan CCTV kat siling rumah / premis. Tapi tak ramai yang akan expect dalam kereta pun ada CCTV.

3) menggunakan capacitor, bukan bateri

4) tak ada isu overheating, sebab Malaysia panas

5) file mudah nak download. Bukan seperated mengikut minit. Lagi best dari apps boleh tengok dan cut / trim tempoh video yang kita nak, dan direct download

6) file dalam format yang mudah untuk kita download dan play dekat computer / phone. Sebab kalau nak bagi kat polis, takkan nak suruh polis download software dia kan

7) ada time lapse masa driving. Macam best jugak kalau boleh record journey driving ke mana-mana kan. Dan mmg pernah aku guna time lapse untuk record perjalanan ke tempat yang takde jalan dalam Google map untuk rujukan masa depan

8) ada built in GPS. Yelah, senang nak tunjuk accident berlaku kat mana. Tak suka yang kena pasang tambahan, semak. Kos lagi.

9) ada speed camera warning. Kadang-kadang balik Kampung bukak Waze semata-mata nak ada warning untuk kamera AES. Kan senang kalau dashcam pun ada bagi warning

10) tak nak ada screen. Menyemak haha.

11) kualiti video malam yang bagus

12) trusted brand. Review overall positive dekat internet.

Itulah kot rasanya 12 ciri-ciri dashcam yang aku cari.

Dan hasilnya......

Takde!

Nope. Tak wujud. Aku terlebih demand kot. Dashcam yang ada semua ciri aku nak tu tak wujud haha

Ada je kelemahannya. Takde built in GPS la. File seperated la. Ada isu overheating. Ada screen. Bulky. Susah cari kat Msia. Dll

Owh btw. Ini semua dashcam yang aku shortlist

1) Xiaomi 70mai A800

Ini yang paling sangat ramai recommend. Dan dengar cerita memang kualiti gambar dia antara paling lawa. Ada built in GPS. Cuma bila Google review, orang duk kata parking mode dia tak bagus. So it's a nope for me.

2) Viofo A129 Pro

Parking mode dia best. Akan record 15 saat sebelum event dan 30 saat selepas event. GPS tak built in tapi dia ada GPS built in dalam mount dia. Paling tempted sebab dia boleh ambik video road trip time lapse dengan mudah. Satu je tak best. angle dia kecik sangat. 130° je. Dan aku tak nak ada screen.

3) Thinkware U1000

Bak kata internet, the best dashcam ever existed. Thinkware ni jenama Korea dan pegang market share dalam 40-50% daripada Korean dashcam market. So harga dia pun the best lah. RM2,800 macam tu. Boleh live view daripada phone semua, geodetection etc. Parking mode sangat advance, sebab gunakan radar frequency detection. Tapi aku tak minat pun semua tu. Dan kamera belakang dia bukan 4K. So dia macam mahal tapi bukan pada apa yang aku nak

4) Blackvue DR900-S

Kamera depan dia angle 162° kau. Luas gila haha. Rated sebagai no 1 dashcam kat sesetengah website. Tapi dia ada masalah overheating. So a nope for me

5) Sipii SP400

Ini brand Malaysia sendiri. Sangat tempted gak nak beli. Tapi dia takde built in GPS. Jadi aku skip dulu for now.

6) iRoad X10

Ni jenama dashcam yang dipilih oleh salah satu brand kereta di Malaysia untuk kereta diorang. Buatan Korea jugak sama macam Thinkware.

Aku dah sangaaat hampir beli ni. Sebab dia boleh link dengan pelbagai info kereta kita. So senang nak diagnose keadaan kereta. Dan parking mode dia boleh gabung time lapse dan motion/event detection Tapi saleswoman tu cakap yang X10 tak boleh ada GPS. Memang takde built in. Lepas tu external GPS diorang pun takleh guna. Terus babai jela

Lepas dah survey semua top dashcam yang wujud pun masih tak jumpa yang aku nak. Jadi nak tak nak aku buat lah elimination technique. Satu per satu. Apa benda yang aku tak boleh accept dengan satu-satu dashcam tu

- aku tak nak yang ada masalah overheating
- wajib ada parking mode yang bagus
- nak 4K
- nak ada built in GPS
- tak nak besar

So last-last apa aku beli?

Thinkware F800 Pro

Ni memang flagship thinkware sebelum U1000 keluar. Kamera depan dan belakang 4K. Ada built in GPS. Tak besar. Takde screen. Parking mode event detection dia sangat power, tutup kereta pun dia detect. Trusted brand. Boleh detect speed camera kat jalanraya. Ada ADAS (kereta dah ada, tapi no harm ada second 'opinion'). Warning kalau kereta depan dah gerak tapi kita tak gerak. Dan file kamera dia seperated antara kamera depan dan belakang (sesetengah dashcam gabung). File dia mmg dalam mp4. Tak perlu nak convert kalau nak play dekat mana-mana

Kalau kereta ada internet, dashcam boleh hantar notification kalau ada incident, atau kalau tinggalkan / masuk certain radius etc

Apa yang takde?

Dia takleh record road trip time lapse. Dia tak boleh gabung parking mode time lapse dengan motion/event detection sekaligus.

Tapi okay la tu. So far berpuas hati.

Ada orang tak suka sebab thinkware ni akan bersuara setiap kali masuk kereta. Bagi laporan berapa event berlaku etc.

Aku okay je. Rasa macam kereta ni ada AI haha.

Kalau sesiapa berminat aku beli kat kedai kat Sicurez Malaysia Sicurez Subang Jaya. Situ ada semua model Thinkware dan ada model Viofo gak. Pemasangan dalam sejam hingga sejam setengah. .

Kredit
 
Cuaca panas macam Malaysia ni, getah pelekap tu mudah tanggal.
Ada petua tak nak bagi getah pelekap tu tahan lebih lama.
Tips saya, lekat dekat tempat teduh, tapi still boleh cover overview.
Saya lekat teduh bawah tinted gelap windshield (line atas cermin depan)
 
Back
Top
Log in Register