BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dari mekanik kepada pelumba

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mohd Hairy motosikal nombor 88 terus berada di hadapan pelumba lain di Melaka.
< 1 / 2 >
KULIM - Suatu ketika dahulu dia hanya seorang mekanik biasa yang bekerja di bengkel motosikal di Pekan Kulim, di sini.

Bagaimanapun hari ini anak kelahiran Kampung Paya Tok Betok ini berjaya menempah nama dan bersaing dengan puluhan pengusaha bengkel lain.

Mohd Hairy Yahya, 38, meminati bidang permotoran sejak zaman persekolahan dan bercita-cita untuk menjadi seorang pengusaha bengkel motosikal sejak kecil.

Menurutnya, setelah tamat alam persekolahan, dia mula bekerja di bengkel-bengkel kecil untuk mendapatkan pengalaman.

Nasib menyebelahinya apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Latihan GiatMara dalam bidang otomotif.

"Setelah tamat pengajian, saya bekerja selama beberapa tahun untuk mendapatkan modal bagi membolehkan membuka perniagaan sendiri.

“Saya banyak menimba ilmu ketika bekerja di bengkel motosikal dahulu. Selain itu pelajaran yang saya peroleh ketika belajar di GiatMara juga memberikan saya lebih banyak pengetahuan tentang selok-belok enjin," katanya.
Impian buka


bengkel terlaksana

Bagi memastikan impian membuka bengkel sendiri terlaksana, dia terpaksa bermula dari bawah dengan bekerja sebagai mekanik di bengkel motosikal di Kulim.

"Setelah bekerja beberapa tahun saya dimaklumkan ada sebuah kedai kecil di Sungai Ular untuk disewa dan ia terletak di tepi jalan.

"Dari situlah saya memulakan perniagaan sebagai pengusaha bengkel motosikal sepenuh masa,” katanya.


Hasrat jadi pelumba tercapai

Selain membuka bengkel motosikal sendiri, Hairy juga menyimpan hasrat untuk menjadi pelumba motosikal Cub Prix dan mampu beraksi di litar perlumbaan.

Dengan kemudahan yang ada serta bengkel dimilikinya, dia mula melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal empat lejang untuk berlumba di litar.

Sekali lagi nasib menyebelahinya apabila berjaya meletakkan diri antara lima pelumba terbaik sepanjang musim perlumbaan pada tahun 2013.

Apabila namanya mula melonjak sebagai penunggang motosikal di litar, lebih ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatannya di bengkel.

“Sebelum ini saya memang ditugaskan untuk membaik pulih motosikal lumba. Timbul hasrat untuk menunggang motosikal itu sendiri.

"Dari saya baiki untuk orang, baik saya sendiri yang berlumba. Dari situ saya mula berjinak dalam lapangan perlumbaan Cub Prix dan berjaya meletakkan diri antara pelumba terbaik. Dengan cara ini saya bukan saja dapat menimba ilmu serta pengalaman baru tetapi dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan saya,” katanya.


Terpaksa jual kereta

Menceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui, dia terpaksa menjual kereta kesayangannya untuk membolehkannya memperoleh modal yang cukup untuk menjalankan perniagaannya. Bagaimanapun, segala kepayahannya itu terbayar apabila dia kini merupakan pengusaha bengkel motosikal yang berjaya.

Katanya, antara kenangan manis yang pernah dilaluinya apabila berjaya membuka bengkel motosikal sendiri selain memenangi beberapa perlumbaan disertainya.

Menurutnya, untuk memastikan berjaya dalam lapangan diceburi, seseorang itu harus bersabar dan cuba mengatasi rintangan u dengan sebaik mungkin.

“Jangan cepat patah semangat dan kita kena tanamkan perasaan untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan. Kejayaan kita hari ini adalah hasil titik peluh kita dahulu. Hari ini kita sudah ada kemudahan internet.

"Kita gunakan kemudahan itu untuk berkawan dengan mekanik yang lebih maju dan mendapatkan nasihat dari mereka. Walaupun impian saya untuk membuka bengkel motosikal sudah tercapai tetapi saya masih merasakan diri ini masih perlu lagi menimba ilmu,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/dari-mekanik-kepada-pelumba-1.245135
 
Back
Top
Log in Register