BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dap vs pas : siapa putus siapa..?

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
Mat Sabu FC
HUBUNGAN PAS DENGAN DAP DARI SUDUT PERLEMBAGAAN PAS - PUTUS ATAU TIDAK?
Berikut tulisan Zulhazmi Shariff yang menghuraikan secara terperinci keputusan Muktamar PAS ke 61 mengenai hubungan parti itu dengan DAP.

Sila baca dengan hati yang terbuka.

USUL MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP - ADAKAH MUKTAMAD ATAU SEBALIKNYA?

ذوالحزم شاريف السبعة

Pada Rabu bertarikh 03/06/2015 Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) telah meluluskan suatu usul tergempar memutuskan hubungan PAS dengan rakan tahaluf DAP. Usul tersebut kemudiannya dibawa ke Muktamar Tahunan PAS Pusat yang bermula pada 04/06/2015 sehingga 06/06/2015.

Pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Pusat, telah diumumkan bahawa usul daripada DUPP tersebut telah diterima tanpa bahas. Ekoran penerimaan usul tersebut tanpa bahas, Tuan Haji Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan di dalam Muktamar bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya di dalam GLC di Pulau Pinang. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Hj Mustafa Ali bagaimana pun menjelaskan bahawa walau pun usul tersebut telah diterima tanpa bahas, ianya masih belum muktamad kerana perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak yang mempunyai kuasa pemutus dalam hal berkaitan hukum. Kata Dato’ Hj Mustafa Ali, “kita masuk dengan hukum maka kita keluar juga dengan hukum”. Keadaan tersebut telah menyebabkan kekeliruan di kalangan para pemimpin PAS dan juga ahli-ahli PAS di seluruh Malaysia.

Sebelum ini saya telah menulis berkaitan kekuasaan tertinggi di dalam PAS. Hari ini saya ingin mengulas khusus berkaitan usul DUPP yang telah diterima tanpa bahas tersebut dari sudut Perlembagaan PAS. Ia juga akan melibatkan kedudukan kekuasaan tertinggi di dalam PAS.

Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dengan jelas terang lagi nyata memperuntukkan bahawa kekuasaan tertinggi di dalam PAS ialah Muktamar Tahunan PAS. Fasal 7 (1) menyatakan seperti berikut :-

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Jangan ada pihak yang keliru antara hukum tertinggi dengan kekuasaan tertinggi. Hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias. Keempat-empat sumber ini adalah rujukan hukum tertinggi di dalam PAS. Walau bagaimana pun kekuasaan tertinggi ialah Muktamar Tahunan PAS. Apa saja keputusan yang diputuskan di dalam Muktamar Tahunan PAS adalah keputusan tertinggi yang mana ianya mengikat seluruh badan-badan di dalam PAS dan seluruh ahli PAS.

Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS pula menyatakan bahawa dengan tertakluk kepada hukum tertinggi PAS iaitu Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.

Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS memperuntukkan seperti berikut :-

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

Fasal 7 Perlembagaan PAS ini jelas bahawa kekuasaan tertinggi PAS ialah Muktamar Tahunan PAS dan tidak ada kuasa lain yang lebih tinggi daripada Muktamar. Justeru apabila Muktamar memutuskan bahawa usul DUPP diterima tanpa bahas, maka usul tersebut adalah muktamad. Badan-badan di dalam PAS samada ianya Majlis Syura Ulamak (MSU), Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP), Dewan-Dewan dan seluruh ahli tertakluk kepada keputusan tersebut. Badan-badan di dalam PAS hanya boleh berbincang dan memutuskan bagaimana usul tersebut hendak dilaksanakan bukannya menangguhkan atau membatalkan usul. Usul tersebut menyatakan bahawa hubungan PAS dengan DAP diputuskan maka hubungan PAS dengan DAP secara keseluruhannya terputus. Tidak ada istilah putus di sana tetapi di sini tidak. Itu jelas di dalam usul iaitu putus hubungan dengan DAP.

Kenyataan atau penerangan Setiausaha Agung PAS bahawa usul tersebut belum muktamad kerana masih tidak mendapat persetujuan atau masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) adalah suatu kenyataan yang khilaf dan bertentangan dengan peruntukkan Perlembagaan PAS.

Perlu diambil perhatian bahawa kewujudan MSU juga adalah atas keputusan Muktamar Tahunan, malah kewujudan PAS juga adalah di atas keputusan Muktamar Tahunan. Tiada mana-mana pihak yang besar dan lebih berkuasa daripada Muktamar Tahunan. Ini jelas diperuntukkan lagi di Fasal 87 Perlembagaan PAS.

Fasal 87. Cara Memansuhkan PAS

PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut

Fasal 87 menyatakan bahawa Muktamar boleh memansuhkan atau membubarkan PAS. Ini jelas bermaksud bahawa bukan sahaja MSU berada di bawah kekuasaan PAS, malah PAS itu sendiri adalah di bawah kekuasaan Muktamar Tahunan kerana dengan Muktamar PAS boleh dimansuhkan dan dibubarkan. Jika PAS boleh dimansuhkan atau dibubarkan oleh Muktamar, maka begitu juga Muktamar boleh memansuhkan MSU atau mana-mana badan di dalam PAS.

Kenapakah Muktamar Tahunan PAS merupakan kekuasaan tertinggi selain daripada peruntukkan Perlembagaan yang jelas di atas?

Jawapannya kerana Muktamar Tahunan PAS itu diwakili oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS bermula daripada perwakilan Kawasan-Kawasan, Perwakilan Negeri-Negeri, perwakilan Dewan-Dewan, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan MSU. Semua pihak di dalam PAS terlibat di dalam Muktamar Tahunan PAS. Ini dengan jelas diperuntukkan di dalam Fasal 18 (2) Perlembagaan PAS.

Fasal 18 (2)

(2) Muktamar Tahunan dan/atau Khas PAS itu adalah mengandungi ahli-ahli yang berikut:

1. Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
2. Ahli-ahli Majlis Syura „Ulamak dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
3. Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.
4. Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan, dan jika sekiranya dia tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu.
5. Tidak kurang dari empat orang dan tidak lebih dari sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunan tiap-tiap Kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu ke Pejabat Agung dengan tertakluk kepada Fasal 19(5).
6. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.
7. Dua puluh orang wakil daripada diangkat oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, dan
8. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

Jelas bahawa Muktamar Tahunan PAS disertai oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS. Justeru apabila usul diterima tanpa bahas, ini bermakna seluruh anggota Muktamar Tahunan telah bersetuju dengan usul tersebut dan usul tersebut adalah muktamad. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengubah usul tersebut melainkan dilakukan melalui Muktamar juga.

Adakah usul yang telah diterima tanpa bahas tersebut perlu dirujuk kepada MSU untuk pengendorsan atau kelulusan?

Jawapannya jelas tidak perlu kerana semasa usul diterima tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU juga terlibat berada di dalam Muktamar. Seluruh ahli MSU berada di atas pentas bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap boleh ditarik balik tetapi terlajak meluluskan usul di Muktamar, hanya Muktamar yang boleh menarikbalik.

Sepatutnya apabila usul diluluskan oleh DUPP pada 03/06/2015, usul tersebut dibawa atau dirujuk kepada MSU terlebih dahulu. Apabila MSU berbincang, berbahas dan meneliti baik buruk serta hukum hakamnya barulah diangkat kepada Muktamar Tahunan untuk diputuskan.

Perlu diambil perhatian bahawa usul tersebut diusulkan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan seluruh ulamak hebat di dalam PAS. Apabila DUPP yang dianggotai oleh seluruh ulamak sudah bersetuju meluluskan usul tersebut, adakah munasabah MSU yang hanya dianggotai oleh seramai 17 orang ahli boleh menafikan kelulusan DUPP? Apabila usul tersebut diluluskan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Ketua DUPP serta beberapa ahli MSU yang lain, adakah munasabah mereka yang meluluskan di DUPP akan mengubah tindakan mereka apabila mereka bertindak sebagai ahli MSU? Di sana mereka luluskan, tiba-tiba di sini mereka hendak batalkan atau tangguhkan?

Sebenarnya tindakan menerima usul DUPP tanpa dibahaskan oleh Muktamar Tahunan adalah suatu tindakan paling ***** yang pernah dilakukan. Sekarang masing-masing menjadi seperti gila talak. Lafaz cerai telah dikeluarkan tetapi masih ingin tinggal serumah.

Sewajarnya usul tersebut dibahaskan di dalam Muktamar di mana perwakilan kawasan, perwakilan negeri, perwakilan dewan-dewan sehingga perwakilan MSU diberikan laluan untuk berbahas dan seterusnya mengundi untuk dibuat keputusan. Muktamar Tahunan adalah SYURA terbesar di dalam PAS. Sepatutnya syura terbesar ini dijadikan medan menentukan hala tuju parti bukannya sekumpulan manusia yang berasa cerdik tapi tidak cerdik yang mencorak perjalan parti. Siapa yang membuat keputusan meluluskan usul tanpa bahas? Bukan Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar tetapi atas arahan seseorang. Pengerusi Jawatankuasa Usul seperti yang dimaklumkan oleh beliau di dalam Muktamar, bahawa beliau hanya menjalankan tugas tetapi ada orang lain yang mengarahkannya.

Ya betul, Pengerusi Jawatankuasa Usul juga bersalah kerana mengikut arahan buta tuli tapi orang yang mengarahkan itu lebih utama dipersalahkan. Siapa? Mereka lebih mengetahui.

Sekarang hubungan PAS dengan DAP telah muktamad diputuskan. Tidak ada putus di Pulau Pinang tetapi tidak di Selangor, tidak di negeri-negeri lain. PUTUS. Tindakan Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato’ Dr Mujahid Yusuf adalah bertepatan dengan usul. Sekarang kita menunggu tindakan para pimpinan PAS di Pulau Pinang yang lain meletakkan jawatan. Begitu juga di Selangor.

Perlembagaan PAS Fasal 16 (3)(b) menyatakan bahawa ahli-ahli PAS hendaklah melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. Keputusan Muktamar Tahunan adalah yang tertinggi parti, justeru seluruh ahli wajib patuh keputusan tersebut.

http://bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com/2015/06/hubungan-pas-dengan-dap-putus-atau.html?m=1

http://m.youtube.com/watch?v=NwnR8gJUR5Q

ps: jika anda hujah lain sila keluarkan.. jgn ckp mcm sampah.. :)
 
HARAMNYA DEMOKRASI

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu

Bismillahi walhamdulillah. Allahumma Shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. Wa ba'du.

Ikhwah fillah yang dirahmati Allah

Sebelum menjelaskan tentang sistem kerajaan, maka terlebih dahulu kita akan membahas prinsip-prinsip demokrasi yang bertentangan dengan Islam.

Sistem demokrasi ini bukan hanya bid'ah karena tidak mempunyai satupun sandaran hukum dari Islam, berbahaya kepada akidah karena banyak sekali prinsip dalam demokrasi yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Hadits, bahkan ia juga merupakan kaedah yang dicipta oleh kuffar agar bisa diterapkan di seluruh negara muslim. Karena dengan menerapkan sistem demokrasi, maka ketaatan dan ketundukan kaum muslimin kepada hukum Allah akan jatuh kepada ketaatan dan ketundukan kepada hukum buatan manusia. Lebih jauh, setiap individu akan bebas berpendapat yang pendapat tersebut sering kali bertentangan dengan hukum Islam, karena kebanyakan manusia itu lalai dan fasik. Namun atas dasar menghargai kepelbagaian pendapat, maka semua ide/pendapat yang baik ataupun buruk, sama-sama berhak dihargai, di dengar, bahkan boleh disepakati untuk selanjutnya dijadikan suatu bentuk hukum (yang tentunya akan menyelisihi hukum Allah).

Di dalam demokrasi, kita akui memang ada padanya prinsip-prinsip yang mirip dengan Islam, seperti prinsip musyawarah untuk mufakat. Tetapi bagaimana caranya dan siapa saja yang boleh ikut bermusyawarah tersebut sangat bertentangan dengan sistem Syura yang dikenal di dalam Islam. Demikian juga tidak kita nafikan bahwa di dalam demokrasi terdapat kebaikan-kebaikan. Tetapi kita katakan bahwa belum tentu sesuatu yang memiliki kebaikan itu adalah hal yang baik dan benar secara mutlak. Karena di dalam hukum semua agama seperti Kristen, Hindu, Budha, bahkan Yahudi sekalipun ada padanya kebaikan, seperti dilarang membunuh, tolong menolong dsb. Namun bukan berarti bahwa agama-agama tersebut di atas kebenaran.

Sebagaimana ketika seorang ikhwan bertanya kepada Syaikh Muhammad Qutb mudir Universiti Ummul Qora Mekkah (adik kandungnya Sayyid Qutb) tentang hukum demokrasi, beliau menjawab dengan membacakan ayat yang berkenaan dengan judi dan arak (Al-Baqarah: 219) yang mafhumnya:

“Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, akan tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".

Begitu juga ketika Syaikh Abdullah ‘Azzam rahimahullah ditanya tentang menganggotai parlimen, maka beliau membolehkannya dengan dua syarat:
a) Mesti berani mengatakan halal apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an halal, dan haram apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an haram.
b) Jika tidak sanggup melaksanakan syarat yang pertama, maka wajib baginya untuk keluar dari parlimen (Kaset Kalimat Sutirot Biddima).

Begitulah, apabila kita meneliti dengan fikiran yang jernih dan mengutamakan keselamatan keimanan, maka kita akan melihat bahwa demokrasi itu bukan hanya bid'ah yang sangat bertentangan dengan Islam, akan tetapi demokrasi adalah salah satu bentuk kemusyrikan dalam ketaatan dan ketundukan atau di dalam pembuatan undang-undang yang berbahaya bagi akidah seorang muslim. (lihat Al-Mausu'ah Al Muyasaroh fil Adyan wal Madzahib wal Ahzab al Mu'aasyiroh karya Dr. Mani Al Juhani Cetakan WAMI Vol II hal: 1056). Berikut beberapa prinsip demokrasi yang bertentangan dengan Islam.

1. Demokrasi adalah sebuah cara/alat ciptaan orang kafir untuk mengatur sistem kenegaraan serta dalam menggubal dan menerap hukum/perundang-undangan, yang dianggap baik oleh sebahagian kaum muslimin, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (Al-Maidah: 50)".

"Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya?" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya (Al-Kahfi: 104)".

Selain itu Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sungguh kalian akan mengikuti kebiasan orang-orang sebelum kalian, sama seperti apa yang mereka lakukan, (di dalam riwayat lain: sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta), sehingga apabila mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, niscaya kalian pun akan masuk ke dalamnya. Seorang Shahabat bertanya: "Apakah mereka itu Al Yahud wan Nashoro?" Kemudian Rasulullah bersabda: “Siapa lagi kalau bukan mereka?(Al-Hadits).

Rasulullah SAW bersabda:

Ketika Rasulullah SAW membaca ayat yang artinya: "Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan (At-Taubah: 31), kemudian Adi Ibnu Hatim berkata: “Kami tidak beribadah kepada mereka.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Bukankah mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah kemudian kalian pun menghalakannya dan mereka mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah kemudian kalian pun mengharamkannya?" Adi Ibnu Hatim menjawab:” Ya.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Maka itulah bentuk peribadatan kepada mereka.” (HR Ahmad dan Tirmidzi, dan beliau menghasankannya).

2. Kebenaran menurut demokrasi adalah sesuatu yang diikuti/disetujui oleh majoriiti orang, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) (Al-An’am:116)."

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan daripada keturunan keduanya kenabian dan Al Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka yang fasik (Al-Hadiid: 26)".

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) karena takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka: "Matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mengurnia nikmat yg banyak kepada manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (Al-Baqarah: 243)".

Konsep ini juga bertentangan dengan ayat:

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu (2:147).

Kemudian Dr. Sholah Sowi (salah seorang ulama Ikhwanul Muslimin (IM) terkemuka saat ini) berkata: “Adapun kekuasaan ummat Islam, maka seluruhnya berkisar pada garis rotasi syariah. Ummat Islam tidak berhak sedikitpun juga untuk menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT atau sebaliknya, atau mensyariatkan sesuatu dalam agama ini yang tidak pernah diizinkan oleh Allah ‘Azza Wajalla, sekalipun seluruhnya bersepakat dan berkumpul dalam sebuah lapangan untuk memutuskan hal itu. (Ats-tsawaabit wal Mutaghoyyirot oleh Dr. Sholah Sowi cetakan Al-Muntada London hal 237).

3. Demokrasi mengatakan bahwa hukum ada di tangan rakyat, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“…….Keputusan (hukum) itu hanyalah bagi Allah……” (Yusuf: 40).

4. Demokrasi memperbolehkan berhukum dengan selain hukum Allah, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“…..Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” (Al-Maidah: 44).

“…..Barang siapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang dzalim” (Al-Maidah: 45).

“…..Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 47).

5. Demokrasi akan menerima pakai undang-undang Allah dan juga selain dari undang-undang Allah (campur aduk yang hak dan yang bathil), padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil….” (Al-Baqarah:42).

6. Demokrasi menyamakan antara muslim dengan kafir di dalam penetapan undang-undang (dalam parlimen), padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Maka apakah patut Kita menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)?” (Al-Qalam: 35).

7. Demokrasi menuntut (bahkan membela) persamaan hak antara laki-laki dan wanita dalam segala hal termasuk dalam persaksian, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“….Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridai…” (Al-Baqarah: ***).

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan….” (An-Nisa’:11).

8. Demokrasi menyamakan antara orang yang bertaqwa dengan orang fasiq di dalam penetapan undang-undang (parlimen), padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Tiada sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung” (Al-Hasyr: 20).

9. Demokrasi menyamakan antara orang berilmu (ulama) dan orang ***** (awam) di dalam penetapan undang-undang (parlimen), padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Apakah sama orang yg berilmu dengan orang yang tidak berilmu…” (Al-Ayat).

10. Demokrasi memperbolehkan orang kafir jadi pemimpin, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang dzalim.” (Al-Maidah:51).

11. Demokrasi memperbolehkan (bahkan membela) seorang wanita duduk menjadi anggota parlimen, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Hendaklah kalian (para wanita mukmin) tinggal di rumah-rumah kalian…” (Al-Ayat).

12. Demokrasi memperbolehkan (bahkan membela) seorang wanita menjadi pemimpin, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita….” (An-Nisa’:34).

Selain itu Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita (Hadits Shohih).

13. Demokrasi memperbolehkan seseorang murtad (keluar dari Islam) sebagai hak asasi manusia (kecuali murtad dari demokrasi !!!), padahal Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengganti agamanya maka bunuhlah ia.” (Hadits shohih).

14. Demokrasi menuntut adanya toleransi dengan orang kafir dalam hal akidah seperti doa bersama, mengucapkan perayaan keagamaan, padahal Allah ‘azza wajalla berfirman:

“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka….” (Al-Mujadilah: 22).

Maka dengan demiian, akankah kita mengorbakankan agama kita demi mengukohkan sistem Yahudi dan Nahsrani? Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian (agama kalian), tidak akan membahayakan kalian orang yang sesat, apabila kalian telah mendapatkan petunjuk.” (Al-Ayat).

Adapun dalam rangka menolong kaum muslimin, maka masih banyak cara yang dapat ditempuh untuk menyelamatkan mereka dengan tanpa mengorbankan keimanan dan akidah kita.

Cobalah renungi ayat-ayat berikut ini:

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. (An-Nisa’: 60-61)

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisa’: 65).
 
Bila buat kerja haram

Allah SWT tak redha & TIDAK bagi ma'unah

Itu yang jadi huru hara & lintang pukang

----------------------------------


SUDAH HAMPIR 100 Tahun Orang Islam cuba guna
wasilah Demokrasi sebagai jalan untuk Menegakkan Agama Allah,

TERNYATA tiada satu negara pun yang BERHASIL

-----------------------------------

Sudahlah KERJA BUAT sia-sia & meletihkan
Aqidah pula TERGADAI
 
Last edited:
Bila buat kerja haram

Allah SWT tak redha & TIDAK bagi ma'unah

Itu yang jadi huru hara & lintang pukang

----------------------------------


SUDAH HAMPIR 100 Tahun Orang Islam cuba guna
wasilah Demokrasi sebagai jalan untuk Menegakkan Agama Allah,

TERNYATA tiada satu negara pun yang BERHASIL

-----------------------------------

Sudahlah KERJA BUAT sia-sia & meletihkan
Aqidah pula TERGADAI

ni lagi sorang tak habis2 duk kata haram haram haram...
hang tak sedar kah yg hang tu pun duduk dlm sistem yg sama...?

:))
 
Bila buat kerja haram

Allah SWT tak redha & TIDAK bagi ma'unah

Itu yang jadi huru hara & lintang pukang

----------------------------------


SUDAH HAMPIR 100 Tahun Orang Islam cuba guna
wasilah Demokrasi sebagai jalan untuk Menegakkan Agama Allah,

TERNYATA tiada satu negara pun yang BERHASIL

-----------------------------------

Sudahlah KERJA BUAT sia-sia & meletihkan
Aqidah pula TERGADAI

kalau begitu,
anda dan golongan2 yg bersependapat dgn anda kena tonjolkan diri dikhalayak ramai,
uar-uarkan bahawa demokrasi haram dan harus ditentang...

jangan cakap dalam internet saja...
 

ok ringkasan,

dap declare minta putus dgn hadi bkn dgn pas..
pas declare putus dgn hadi bererti putus dgn keseluruhan pas..
DUPP mesyuarat putus dgn dap tanpa bahas.. (buat keputusan sendiri) tnpa merujuk msu..

ada perbezaan disitu...

dap putus dgn individu ketua kumpulan bukan dgn kumpulan.
tapi individu yg diputuskan pula adalah ketua kepada kumpulan.

naseb kpd kumpulan.. kalau ketua bagus kumpulan pun bagus.. kalau ketua hancus ahli kumpulan yg tkde kena mengena pun kena tempias..

mcm najib dan umno.. rakyat tak suka najib.. tapi satu kumpulan terpaksa membela najib...

pas dan umno mengalami naseb yg sama disebabkan ketua.
 
ok ringkasan,

dap declare minta putus dgn hadi bkn dgn pas..
pas declare putus dgn hadi bererti putus dgn keseluruhan pas..
DUPP mesyuarat putus dgn dap tanpa bahas.. (buat keputusan sendiri) tnpa merujuk msu..

ada perbezaan disitu...

dap putus dgn individu ketua kumpulan bukan dgn kumpulan.
tapi individu yg diputuskan pula adalah ketua kepada kumpulan.

naseb kpd kumpulan.. kalau ketua bagus kumpulan pun bagus.. kalau ketua hancus ahli kumpulan yg tkde kena mengena pun kena tempias..

mcm najib dan umno.. rakyat tak suka najib.. tapi satu kumpulan terpaksa membela najib...

pas dan umno mengalami naseb yg sama disebabkan ketua.

Itu hj punya pandanganlah....bukan fakta pon...sbb kata PAS, putus dgn presiden, putus dgn kumpulan...mana ada penah dibuat org putus dgn ketua tp x nak putus dgn kumpulan...ntah aturan mana pakai...DAP je buat..ke penah dibuat? Ada cth?

Btul hj ckp...naseb kumpulan...ketua mereng, anak buah pon ikut mereng....cam DAP lah...PKR pon ikut blakang sama...

Skang, kenapa sibuk2 psl PAS? Kan da ada GHB? Kenapa berterusan menghentam? Kenapa x gembleng tenaga utk kukuhkab PR2.0? Yg pergi da pergi....@ mula takut dgn byg sendiri?
 
Itu hj punya pandanganlah....bukan fakta pon...sbb kata PAS, putus dgn presiden, putus dgn kumpulan...mana ada penah dibuat org putus dgn ketua tp x nak putus dgn kumpulan...ntah aturan mana pakai...DAP je buat..ke penah dibuat? Ada cth?

Btul hj ckp...naseb kumpulan...ketua mereng, anak buah pon ikut mereng....cam DAP lah...PKR pon ikut blakang sama...

Skang, kenapa sibuk2 psl PAS? Kan da ada GHB? Kenapa berterusan menghentam? Kenapa x gembleng tenaga utk kukuhkab PR2.0? Yg pergi da pergi....@ mula takut dgn byg sendiri?

ada.. siapa ckp takde...?

cth

1) dap putus hubungan dgn kepala pas tapi BUKAN semua dlm pas pun ikut putus...
2) kampeni dgn kampeni, bos dgn bos putus tapi bawah tetap tak putus...

biasanya dlm hal mcm ni yg suruh putus habis adalah kepala.. masaalah peribadi jgn kaitkan dgn kumpulan... bila dikaitkan dgn seluruh organisasi masaalah tk selesai melainkan bertambah buruk...

dalam hal ni dap bermasaalah dgn hadi atas tuduhan hadi cenderung kepada umno maka hadi patut saman tuduhan tersebut jika tak berasas..

hasan ali juga mengakui dlm klipnya dan petik nama hadi utk usul ug dgn umno atas nama kepentingan melayu dan islam.. so patut hadi juga saman hasan ali jika hasan ali memfitnah..

ia juga diakui ketua pemuda umno dlm ceramahnya juga petik nama hadi...

apa yg aku boleh kata hadi dah kena game umno.. sebab itu tiba2 hadi keluar kenyataan "pas tidak mahukan kuasa" sebab dia dah tau dia skrg tersepit kanan tak boleh kiri pun tak boleh pengikut pulak lari lalu jd sendiri... bila jd sendiri dan makin mengecil peluang utk menang makin rendah...

org undi pas sebab nk bg dia berkuasa tp bila dah declare tk nk kuasa baik tk payah jd calon dan masuk bertanding.. buang duit buang masa dan membazir wang cagaran calon dan wang2 lain... better jd ngo...

kenapa hentam pas..?? kalau dulu aku boleh support pas kenapa hari ini aku tak boleh hentam pas...

samegoes on in future just incase pr menang.. kalau mereka dah tak betul so aku tak bleh nk hentam mereka ke..??

ini aku bukan macai.. betul ikut salah pun ikut..

btw ini juga salah satu kempen kesedaran mengukuhkan pr 2.0 supaya semua org didudk selonggok disatu tempat tnpa kira bangsa mahupun agama supaya jgn berpecah... perpecahan undi hnya akan mengekalkan umno kekal berkuasa...

solution pas yg terbaik adalah tukar presiden yg pro kpd bn spt didakwa oleh dap dan hasan ali dan ketua umno mana ntah..
 
http://m.youtube.com/watch?v=Lqzh3rmayWo

ni ketua umno yg aku maksudkan.. video ni diupload pada tahun 2011.. wpun dah lama masih berpeluang utk hadi saman jika ia suatu fitnah bg membersihkan nama dia..

kecenderungan hadi kpd umno sudah lama tp masa tu arwah tgna masih ada so dah kena cantas dan dipelihara oleh tgna... no wonder bila tgna takde semua dibuat dgn terburu2...
 
Back
Top
Log in Register