BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP parti Cina - Zaid Ibrahim

2618918

Super Active Member
gem
Messages
5,265
Joined
Aug 8, 2012
Messages
5,265
Reaction score
3,137
Points
211
13zaids.transformed.jpg

ZAID semalam melabelkan DAP sebagai 'parti Cina' selepas setahun menyertai parti itu.

Oleh Adie Suri Zulkefli
[email protected]
Rabu, 18 April 2018

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim semalam melabelkan DAP sebagai 'parti Cina' selepas setahun menyertai parti itu.

Dalam kenyataan menerusi Twitter peribadinya, Zaid mendakwa 'parti Cina' dalam pakatan pembangkang sudah mengumumkan dua bakal menteri sementara parti Melayu pula berdiam diri dalam perkara ini.

Kenyataan Zaid itu dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan calon di kerusi Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming akan dilantik sebagai menteri jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.

Guan Eng juga pernah mengumumkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri ketika mengumumkan calon pakatan yang akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam.

"Parti Cina dalam Pakatan harapan umumkan mereka sudah mempunyai dua bakal menteri. Mungkin ada lagi.

"Parti-parti Melayu senyap saja dalam isu itu. Begitu biasanya sikap Melayu, malu dan segan untuk suarakan pandangan. Tiada apa yang berubah," tulis beliau.

Sementara itu, di Alor Setar, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pengumuman DAP bahawa Kor Ming akan dilantik menteri jika menang di Teluk Intan, jelas menunjukkan siapa 'abang besar' dan menguasai gabungan itu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata pengumuman Guan Eng itu juga mengesahkan kenyataan beliau sebelum ini bahawa pemimpin Melayu dalam gabungan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) hanyalah alat kepada DAP untuk mencapai cita-cita menguasai politik negara.

"Dari awal lagi saya sudah katakan, Pakatan Harapan (pakatan pembangkang) ini dikuasai oleh DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah digunakan sebagai alat dengan dicalonkan sebagai perdana menteri.

"Sebab itulah Lim Guan Eng boleh umumkan kalau Pakatan Harapan menang di peringkat kerajaan pusat, Nga (Kor Ming) boleh jadi menteri, sedangkan sepatutnya ia diumumkan oleh perdana menteri yang dicalonkan mereka," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Kolej Sultan Abdul Hamid, semalam.

Mahdzir berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng akan peralatkan sesiapa sahaja untuk mencapai impian menguasai politik negara ini.

"Tidak kiralah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu, dan Tun Mahathir.

"DAP menggunakan pemimpin-pemimpin ini untuk menguasai politik negara dan Kit Siang telah berjuang sejak tahun 1965 dan dia berharap suatu hari nanti DAP boleh membentuk kerajaan (Persekutuan)," dakwanya lagi.

Mengenai keputusan gabungan pembangkang menggunakan logo PKR dalam PRU-14, Mahdzir mendakwa gabungan pembangkang berharap untuk mengelirukan orang Melayu bagi mendapatkan undi.

"Bila tidak bertanding atas lambang Roket (simbol rasmi DAP), mereka berharap orang Melayu akan keliru dan mengundi PKR, ...inilah yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi boneka DAP dalam gabungan pembangkang," katanya.

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas pengumuman Guan Eng semalam yang Kor Ming akan dilantik sebagai menteri jika gabungan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU-14.

Sebuah portal berita melaporkan Guan Eng sebagai berjanji Kor Ming akan dilantik sebagai Menteri jika berjaya menewaskan penyandang kerusi Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang juga Menteri Perladangan dan Industri.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2014, Siew Keong yang juga Presiden Gerakan menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya dari DAP, Seah Leong Peng.

Biarpun Siew Keong masih belum diumumkan sebagai calon BN untuk PRU-14, difahamkan beliau akan dipilih untuk mempertahankan kerusi itu.
 
Zaid ni semua dia hentam. Dia je betul.

elok dia tubuh parti sendiri. Zaid hanya muncul dan berfungsi nak dekat pilihanraya. Org mungkin dah takut nak lantik dia sbg calon, suka pindah randah dlm politik. Kejap pkr, kejap dap, ni Pan plak.
 
Ikut suka dia lah nk ckp apa...
Mungkin nk suruh org kekalkan umno bn najib n co...
 
diani ni boleh kata semua parti pun masuk kuar. parti tupperware je x kot. buat parti sendiri je lah. letak logo botol arak ke, kuda lumba ke. favorite dialah tu
 
diani ni boleh kata semua parti pun masuk kuar. parti tupperware je x kot. buat parti sendiri je lah. letak logo botol arak ke, kuda lumba ke. favorite dialah tu

Cuba masuk pati ikan haruan pulak ??
 
cukup2 la meroyan wahai zaid...nnt mcm mana umi hapilda nk carik makan time pru nnt..
 
Back
Top
Log in Register