BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP gesa sedia talian hotline aduan PT3

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan menyediakan talian hotline bagi menjawab segala persoalan dan aduan daripada guru, pelajar serta ibu bapa mengenai pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, usaha itu perlu dilakukan segera berikutan laman web aduan yang diwujudkan kementerian itu tidak dapat berfungsi dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

"Saya menggesa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh berhenti menjadikan pelajar Tingkatan 3 ini mangsa keadaan.

"Satu jawatankuasa khas juga perlu ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan PT3 pada tahun depan tidak mengulangi kesilapan sama," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan PT3 mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April lalu, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

Pelajar Tingkatan 3 pula akan memulakan kes kajian bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografik pada 1 hingga 18 Julai ini.

Mengulas lanjut, Kian Ming menambah, bagi memastikan tidak wujudnya unsur berat sebelah, beliau menggesa KPM supaya kertas peperiksaan dan kaedah pemarkahan dalam PT3 tidak mempunyai perbezaan ketara dengan sistem PMR sebelum ini.

"Kegagalan kementerian untuk melaksanakan PT3 dengan betul boleh menimbul keraguan serius dalam meningkatkan ranking pendidikan negara ini," katanya lagi.​
 
PT3... Penilaian tingkatan 3.
Ianya bukan sijil.
Jangan risau, jangan khuatir,
pandai-pandai la cikgu dia mengasuhnya.

Tumpuan sepenuhnya ialah SPM.. sijil pelajaran malaysia.
Sijil ni baru diikhtiraf peringkat Malaysia dan antarabangsa.
 
Back
Top
Log in Register