BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP dominasi PKR, PAN dan PPBM

johor1976

Super Active Member
gem
Messages
8,980
Joined
May 7, 2016
Messages
8,980
Reaction score
543
Points
121
Dominasi DAP dalam PH untungkan PAS
HARAKAHDAILY 23 SEPTEMBER 2017

PERANAN DAP yang telah mendominasi Pakatan Harapan (PH) menyebabkan ramai pengundi Umno akan beralih memberi sokongan kepada PAS.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS meletakkan sasaran menarik 15% peratus undi ahli-ahli Umno yang benci terhadap penyelewangan dalam parti mereka serta isu-isu berkaitan seperti 1MDB, cukai GST, bebanan ekonomi serta anti DAP untuk memberi sokongan kepada PAS.

“Kumpulan ini tidak bersama PH kerana menentang dominasi DAP, jika menang DAP akan menguasai jumlah besar kerusi berbanding parti-parti dalam PH.

“Dulu, mereka tidak menyokong PAS kerana menganggap PAS sebagai ‘kuda tunggangan” DAP,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Ijtima’ Amilin Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 anjuran PAS Kawasan Kemaman di Dewan Pusat Pengajian Taman Islam, Bakau Tinggi, Kemaman, semalam.

Katanya, apabila PAS mengadakan perjumpaan dengan hampir 200 buah pertubuhan bukan kerajaaan (NGO), mereka memberitahu bahawa dalam pilihan raya dulu telah bermesyuarat bahawa semua NGO mengekalkan sokongan kepada Umno.

Beliau berkata, walaupun mereka sangat mahu undi PAS pada masa itu, dominasi dalam Pakatan Rakyat oleh DAP menyebabkan semua NGO menarik sokongan dan tidak menyokong PAS.

Namu begitu, menurut beliau, pada pilihan raya kali ini, senario tersebut akan berubah.

“Kali ini mereka akan menyokong PAS, untuk mengetuai perubahan di Malaysia” jelasnya.
 
Insyaallah Pas boleh menang bergaya kali ni dan jadi king maker
 
PAN terus jadi cheif kadam yang taat.
 
Dulu kenyataan ini dibuat oleh puak umno tp dinafikan oleh puak pas..
sekarang kenyataan dah diambil oleh puak pas... perangai dah supo umno..
tahniahlah pas dah ambil alih kerja umno... muhahahahah
 
sepatutnya pembenteng Dap gembira dgr berita ni.
Dap dominate pan,bersatu dan pkr atas kerelaan mrk.

jadi tiada isu sebenarnya...:D

Sepatutnya PAN gembira jadi kadam kepada king maker dalam PH. :)) :))
 
Back
Top
Log in Register