BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP Deklarasi Setapak

deklarasi setapak adalah antara sebab kenapa DAP menyokong ICERD

gitu rupanya
Apa pula sebab Gelakan (Yakni GERAKAN) menyokong ICERD ye?

FhqJ6Z4acAAQbNr.jpg
 
Perbincangan asal pasal deklarasi setapak

Tapi last last spin ke lain
 
“Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))
-laman web rasmi DAP (pautan: https://bit.ly/2qBSfEd) mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengandungi dalil-dalil DAP harus menyokong ICERD. Kenyataan itu telah dikeluarkan dikeluarkan oleh Chow Yu Hui yang merupakan ADUN TRAS dan Chiong Yoke Kong yang merupakan ADUN bagi kawasan TANAH RATA
 
Ada banyak lagi deklarasi lain yang DAP buat jika tak silap lah
 
statement Adun Tras dan Adun Tanah Rata


“Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”. – Petikan Artikel

“Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar “Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa.”
Petikan Artikel

“Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.” – Petikan Artikel


Selepas memulakan ayat mahu menghapuskan label bumiputera dan menolak asimilasi, mereka memberitahu visi mereka adalah untuk menentang pengasingan kaum (label Bumiputera yang wujud) dan memperjuangkan saksama kepada setiap individu (secara tidak langsung memberitahu kepada kita bahawa hak-hak yang memberikan kelebihan kepada Bumiputera harus dihapuskan dengan ratifikasi ini.

“Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.” – Petikan Artikel

Kesamarataan kaum ini membawa maksud kepada penghapusan hak Bumiputera? Kita perhalusi kenyataan daripada DAP yang seterusnya dibawah:

“Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.”
“Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.”
Petikan Artikel

Bagi mereka, selagi wujud dasar dan sistem yang berkaitan dengan 153 ini, maka perpaduan tidak akan mampu dicapai di Malaysia.

“Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.” Petikan Artikel

Hak 153 dianggap sebagai sebuah dasar yang merendahkan status bangsa masing-masing. Dan kemudian, semua dalil-dalil dan bunga-bunga menentang “ketidaksamarataan” di Malaysia ini diakhiri dengan kesimpulan mereka bahawa semua yang mereka letakkan sebagai ketidakadilan di Malaysia boleh dihapuskan dengan ratifikasi ICERD.

“Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))

Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.

Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama.”

DAP menyeru supaya ICERD diratifikasikan demi membetulan sistem dan dasar perkauman di Malaysia, dan segala dasar-dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu digantikan dengan dasar yang bagi mereka lebih “memelihara hak setiap kaum”.
 
Ada banyak lagi deklarasi lain yang DAP buat jika tak silap lah
aah rasanya banyak lagi perkara yg ditetapkan dlm deklarasi setapak tu

dan ICERD adalah antara satu benda yg menyamai apa yg dikehendaki oleh Deklarasi Setapak. ni merujuk kepada Adun Tras dan Adun Tanah Rata

jadi DAP sokong ICERD sebab ICERD ni ada menurut apa yg disebut dan ditetapkan dlm Deklarasi Setapak
 
Back
Top
Log in Register