ResellerMaxis
Active+ Member
- Messages
- 4,163
- Joined
- May 12, 2013
- Messages
- 4,163
- Reaction score
- 366
- Points
- 41
KRITIKAN LIM KIT SIANG KE ATAS PERDANA MENTERI: KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI
Setelah kritikan pemimpin biasa DAP seperti Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, ke atas tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak memberikan apa-apa impak, kini taiko besar DAP, Lim Kit Siang, sendiri mengambil langkah berani dengan turun padang untuk mengkritik Perdana Menteri.
Menyebut mengenai keperluan untuk pemimpin PH kekal komited dengan Manifesto PH sebagai panduan dalam membina Malaysia Baharu, Lim Kit Siang menegaskan Perdana Menteri betul dari segi perlembagaan tetapi salah dari segi politik dalam melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM” (“the Prime Minister is constitutionally correct but politically wrong to exercise his sole prerogative to appoint Latheefa Koya as MACC chief”).
Kenyataan Lim Kit Siang ini cukup bermasalah dalam dua aspek.
Aspek pertama ialah kenyataan Lim Kit Siang ini mencabuli kenyataan beliau sendiri pada 22 Disember 2018 yang menyeru pemimpin PH supaya berhenti membuat apa-apa serangan ke atas pemimpin parti komponen PH lain tanpa terlebih dahulu mendapat lampu hijau daripada parti mereka. Kata beliau waktu itu, sementara tiada siapa mahu apa-apa sekatan ke atas kebebasan bersuara, adalah penting untuk memastikan bahawa perpaduan dalam PH tidak dilemah atau dimusnahkan oleh kebebasan bersuara tanpa sekatan.
Bila Lim Kit Siang sendiri kini turun padang untuk mengkritik Perdana Menteri dengan menyifatkan tindakan melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai salah dari segi politik dan bertentangan dengan Manifesto PH, rumusan yang boleh dibuat adalah sama ada Lim Kit Siang sudah menghadapi masalah ingatan sehingga lupa kepada seruan beliau pada 22 Disember 2018 atau kritikan Lim Kit Siang ke atas Perdana Menteri ini adalah kritikan rasmi yang mendapat lampu hijau daripada DAP.
Aspek kedua ialah kenyataan Lim Kit Siang ini seolah-olah satu perumpamaan Melayu yang berbunyi “bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”. Bagaimana Lim Kit Siang boleh menyifatkan tindakan Perdana Menteri melantik Latheefa Koya, yang sebelum ini bukan ahli BERSATU tetapi ahli PKR, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai salah dari segi politik dan bertentangan dengan Manifesto PH sedangkan pada waktu yang sama beliau membiarkan perkara lebih teruk dibuat oleh DAP?
Malah, sewaktu menjadi pembangkang dahulu, Lim Kit Siang berkali-kali menyerang MCA kerana melantik macai-macainya (MCA lackeys) sebagai pengerusi badan berkanun kerajaan seperti dalam kes pelantikan Datuk Lee Hwa Beng sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam kenyataan beliau pada 11 Mei 2009, tetapi kini setelah menjadi kerajaan DAP melantik bukan setakat macai-macai tetapi pemimpin tinggi DAP sendiri sebagai pengerusi badan berkanun kerajaan.
Contoh paling utama adalah dalam kes-kes:
(1) Pelantikan Dr John Brian Anthony, yang hingga kini masih merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, sebagai Pengerusi Bintulu Port Authority (BPA) pada 4 November 2018.
(2) Pelantikan Ean Yong Hian Wah, yang hingga kini masih merupakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor dan ADUN Seri Kembangan, sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) pada 18 Mei 2019.
Mengapa tidak berbangkit pula persoalan bahawa pelantikan Dr John Brian Anthony dan Ean Yong Hian Wah sebagai salah dari segi politik dan bertentangan dengan Manifesto PH?
Sebab itulah saya nyatakan bahawa DAP adalah sebuah parti yang bersikap “double standard”, bila DAP yang buat boleh sahaja tetapi bila orang lain yang buat terus tidak boleh.
source [ame=https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2506266092750767]Prof Kangkung[/ame]
