BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'DAP akan jadi kingmaker PRU15'

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
1617954117209.png

'DAP akan jadi kingmaker PRU15'​

Diterbitkan 9 Apr 2021, 3:32 pm

Pemimpin DAP meletakkan keyakinan parti mereka akan menjadi penentu atau istilahnya kingmaker pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Bendahari DAP Fong Kui Lun berkata, walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya bertahan selama 22 bulan, mereka tidak berputus asa untuk mengembalikan mandat rakyat.

"Setelah ditumbangkan melalui Langkah Sheraton pada awal tahun lalu, namun kita tidak berputus asa. Matlamat PH atau PH Plus akan diteruskan dan saya percaya para pengundi yang memilih PH membentuk kerajaan merasa terkilan dan bertekad untuk menjadi kerajaan semula pada PRU15.

"Saya percaya parti kita DAP akan menjadi kingmaker pada PRU15," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen DAP Kelantan 2021 yang pertama kali diadakan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Terdahulu, DAP Kelantan melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan pemilihan kali pertama di negeri itu.

586624660054e6be49919b0fe04111bb.jpg

Ia selepas syarat-syarat untuk mengadakan pemilihan ahli jawatakuasa (AJK) negeri dipenuhi khususnya membabitkan jumlah cawangan yang berjaya ditubuhkan.

Seramai 27 calon mengambil bahagian bagi memilih 15 barisan kepimpinan tertinggi.

Sementara itu Fong yang juga anggota parlimen Bukit Bintang berkata, pihaknya menyeru semua peringkat termasuk di Kelantan menggembleng tenaga memastikan kemenangan PH.
"DAP Kelantan sudah bersedia untuk bersama rakan-rakan parti yang lain bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

"Dalam PRU15 akan datang, saya rasa kita akan bertanding di kawasan-kawasan di Kelantan untuk PH. Kita akan bincang (jumlah kerusi)," katanya ketika ditemui media.

f8d517357357faf14fb0d9f1dc985533.jpg

"Dalam PRU15, kita rasa akan bertanding di Kelantan. DAP pusat akan berbincang dengan wakil negeri, kita akan letakkan calon tempatan tidak kira Melayu, Cina atau India, yang penting memiliki integriti," katanya.

54474F70-A511-4CD2-A58C-E7C62C1F432E.jpeg

DAP in a nut shell

Jika Cina anti Pas : itu normal sebab Pas terima 90 juta dari umno

Jika Melayu anti DAP : kamu racist, lobai, taliban
 
pada 5/4/21 baru ni

1617954607274.png

Bekas ketua pemuda Umno Gua Musang bertanding pemilihan DAP Kelantan​

Diterbitkan 5 Apr 2021, 8:38 pm

Dikemaskini 5 Apr 2021, 8:39 pm

Bekas ketua pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin, tampil menjadi calon dalam pemilihan jawatankuasa DAP Kelantan yang bakal berlangsung 9 April ini.

Menyertai parti itu sekitar Ogos 2019, Bazlan berkata dia berbuat demikian bagi membantu menguatkan lagi parti itu di Kelantan.
"Dengan pengalaman lalu yang saya ada mungkin sedikit sebanyak boleh membantu memperkukuhkan dan memperkasakan lagi DAP Kelantan.

"Saya yakin dengan adanya calon-calon jawatankuasa daripada kaum Melayu dan diharap sekiranya kami menang nanti, ia memudahkan lagi gerak kerja parti di negeri ini termasuk untuk mengadakan program," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bazlan menggalas jawatan ketua pemuda Umno Gua Musang sejak 2008 hingga 2013.

Sementara tiu, dia berharap keputusan pemilihan kali ini akan membariskan jawantakuasa negeri dengan komposisi kaum yang seimbang.
"Hasrat saya supaya masyarakat sedar bahawa DAP bukanlah parti rasis seperti yang didakwa dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

"Bagi pemilihan kali ini diharap 15 ahli jawatankuasa yang dipilih nanti seimbang dari segi komposisi kaum dan mampu menarik lebih ramai keahlian baru," katanya.
Dalam perkembangan itu Pengerusi Protem DAP Kelantan, Chua Chin Hui berkata, mengesahkan seramai 27 calon akan bersaing dalam pemilihan bagi penggal 2021-2023.

Bagus ni....esok tahlil adakah set set DAP pusat akan turun? ......jgn bimbang...
 
Back
Top
Log in Register