BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP ada sifat "setiakaum", PAS?

Saja jengok sebelum solat...panas gak ye!!!

Solat jom.........

dah solat dah tuan...

biasa lah thread politik...campur ugama..campur bangsa...mengelegak...
thread nak buat lawan dan kawan..sini la...
 
:D

kalau Jin Islam...cemana plak ekk...bersaudara jugak ehh...?
 
dah solat dah tuan...

biasa lah thread politik...campur ugama..campur bangsa...mengelegak...
thread nak buat lawan dan kawan..sini la...

Ko ni macam MJ gak panggil aku tuan...
Dulu masa banyak duit ramai yg panggil aku tuan/boss, pastu lesap...:):):)
Sekarang duit aku pun dah lesap, baik panggil aku pak cik je....:)

Susah la sekarang nak masuk CG malam2 kat tempat aku ni....

Aku bukan apa, cuma mahu Islam ni di lihat& di fikir dari sudut global & memang Islam tu untuk manusia sejagat. Peningkatan pemelukkan Islam di negara2 non-muslim seperti Europe, USA, Russia etc begitu mendadak dan membanggakan. Bagaimana di negara kita yg mengaku negara Islam??.

Kalau Islam di bayangi kaum, macamana nak berkembang ke kaum2 lain? Contoh yg aku beri Nation of Islam yg sangat kuat perkauman Black American Muslim. Mana ada org putih USA yg mahu join!!! Semuanya Blacks!!! Tapi biarlah sebab Islam Nation of Islam to dah sesat akidah. Nasib baik Muhammad Ali, Malcom X (AlHajj Malik AlShabbaz) etc tinggalkan Nation of Islam dan join Mainstream Islam.

Di Malaysia dulu bila Cina masuk Islam dia di katakan "masuk Melayu", padahal dia ada hubungan baik dengan mak bapak Cina yg dia sayang sepertimana di suruh Islam. Jadi parkataan "masuk Melayu" ni dah jadi perkauman & sesuatu yg berat yg sedikit sebanyak menghalang mereka memeluk Islam. Ianya umpama penolakan kepada kaum Cina, padahal kaum Cina lebih awal memeluk Islam & lebih ramai muslims di China. Biarlah dia jadi Cina Islam & semua org2 Islam tu bersaudara.

Sekarang China Islam Uighur di zalimi & ramai yg di bunuh dalam perbalahan dengan kaum Han, tetapi tak di tunjuk situasi sebenar. Kalau dengan sifat pwerkauman kita, siapa nak membela Islam Uighur yg di tindas ni????

Ok ada kerja sikit....till next time.....
 
kejayaan manusia terletak pada agama, bukan pada ekonomi atau pada kaum & keturunannya..

Nabi juga sudah berpesan, dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga orang kafir. akhirat pula adalah syurga orang mukmin dan penjara orang kafir.

Nabi adalah contoh terbaik untuk orang beriman. sepanjang hidup baginda, baginda hanya hidup memperjuangkan Agama. Nabi tak pernah berjuang atas nama bangsa. dan, kenapa kita perlu ikut cara orang kafir berjuang? orang kafir perjuang bangsa, kita pun perjuang bangsa, orang kafir perjuang ekonomi, kita perjuang ekonomi..dan kita pula cuba "menghalalkan" perjuangan tersebut dengan campur ngan perjuangan Islam?

cukuplah Agama sebagai perjuangan hidup...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register