BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dalang bocor upsr dicari

sumber mana bro???

Ipoh, 10 September - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Sains di laman-laman sosial. Individu tersebut yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di negeri ini telah ditahan untuk siasatan lebih lanjut. Difahamkan juga, sekolah tersebut merupakan sekolah yang terletak di pedalaman negeri ini. Disebabkan kedudukannya yang jauh di pedalaman, kertas-kertas soalan UPSR telah sampai di pusat-pusat peperiksaan di kawasan tersebut sehari lebih awal daripada tempat-tempat lain. Guru tersebut telah memanipulasikan keadaan ini dengan bertindak mengambil gambar soalan tersebut dan menyebarkan gambar-gambar itu melalui aplikasi whats app. Dalam kes berkaitan, peperiksaan UPSR bagi kertas Sains terpaksa ditangguhkan kepada tarikh 30 September 2014 disebabkan kebocoran soalan di laman-laman sosial yang tidak dapat dibendung lagi. Selain itu, pihak SPRM juga mengingatkan kepada orang ramai agar berhenti melakukan aktiviti penyebaran ini kerana ianya akan memberikan kesan buruk kepada mental murid-murid terlibat.
 
buang kerja je lah orang macam ni. sebelum tu denda kaw2 bagi tampung kos nak cetak semula soalan
 
rasanya kalau cikgu yang bocorkan bukan sebab duit tapi lebih kepada naikan KPI..

sebelum ni pernah ada kes pusat tuisyen yang mana cikgunya sebarkan soalan bocor, jadi mana2 yang blajar tuisyen kat situ kebanyakannya lulus cemerlang..

bila ramai lulus tahun depan ramai nak belajar kat situ, jadi apa lagi naikkanlah harga..

ginilah bila ada dalam kalangan guru sendiri yang tak amanah.. kesiannya kat anak2..
 
secara logiknya pengetahuan manusia tidak sama... ada batch yg hebat dan ada juga yg kurang hebat....TETAPI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI MALAYSIA TIDAK PERNAH MEROSOT...HEBAT BUKAN?..... so korg xpyh la susah2 nk cari sapa DALANG BANGSAT TU.... secara taktikal kita sendiri bleh agak SIAPAKAH PETUALANG BANGSA ITU...
 
Back
Top
Log in Register