BTC USD 81,707.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dalam Dilemma Dan Tak Tahu!

TT better jangan terlibat sebab ada sorang kawan dah terkena dulu sampai hilang kawan disebabkan pelaburan yg dibuat melingkup
 
bahaya juga tu kan bro?
saya fikirkan benda yg sama lah sebenarnya

pasal duit ni jangan la dibuat main-main
berbunuh pun manusia sanggup
 
bahaya juga tu kan bro?
saya fikirkan benda yg sama lah sebenarnya

pasal duit ni jangan la dibuat main-main
berbunuh pun manusia sanggup

ala bro,
better diskusini dihentikan, sbb byk cth dan pengalaman kwn2 pernah alami mimpi buruk dgn co.2 begini.....indah khabar dr rupa je

bro pun dah nampak co.temberang je lebih:(scam
 
thats why la
bukan apa,sebab saya still baru and nak mintak pendapat directly dari sahabat2 semua kat sini

sebab saya nk revealed much details on the thing yg saya alami ni
 
byk copanay lain lg.. susah hidup ko kalu kena serbu ngan BNM nanti..
 
tu la
naluri hati memang tak sedap

tengok modus operandi dia pun dh macam xmenyakinkan
company mcm ni lah sbnrnya buat forex trading nampak buruk bg saya
 
Salam,

Saya sebenarnya nak mohon pendapat kawan-kawan semua mengenai delimma diri saya kini.

Saya sebenarnya ada memohon kerja di KL dan sesampai di company itu ketika seisi latihan,saya baru dimaklumkan yang saya terpaksa mencari pelabur untuk melabur dalam forex investment dengan modal untuk membuka akaun iaitu USD 100K atau RM 360K.

Macam biasa,ketika latihan kami diajar hal-hal berkaitan forex dan saya memang nampak ada potensi untuk menjana wang di forex jika kita lakukan dengan betul disertai ilmu dan bukan semberono sahaja.

Menjadi masalah sekarang,syarikat saya ni (Elegent Destiny Sdn Bhd) mendakwa mereka adalah service centre untuk licensed broker yang based di New Zealand iaitu Capital Group International Limited[/URL.

Setelah saya kaji melalui internet,saya dapati ada keraguan dalam company ni.Website mereka juga tampak simple dan tidak lengkap seperti licensed broker lain yang saya lihat seperti Instaforex,Liteforex dan lain-lain yang nampak lengkap dan ingin membantu pelabur membuat keputusan yang bijak.

Saya pula dah terlanjur bercerita pada rakan-rakan mengenai pelaburan forex di company saya dan mereka sangat berminat.Menjadi masalah,saya tak berani untuk menguruskan wang sebanyak itu dan saya expecting something worst can occurred in the future dan itu satu amanah yg sangat besar.

Apa pendapat kawan2 khususnya yang dah lama berkecimpung dalam forex sendiri.Naluri saya kuat katakan yang company ini scam sahaja dan mereka hanya rotate duit deposit yang diperolehi dan bukannya dilaburkan dalam forex pun.

Saya pernah lihat live trading account pun cuma sekali,itu pun boss besar yang tunjukkan pd saya dan rakan2 semasa latihan.

Harap,sahabat2 semua dapat berikan buah fikiran dan pendapat untuk sama-sama kita bincangkan disini.

Wassalam


owh.. bende ni ker.. dulu bini aku pun penah gi interbiu
memula ingat keje apa..
tapi memang dia tak keje situ la sbb bende yg sama apa bro fikirkan sekarang nih..
tak la sampai dapat latihan..
berminat jugak nak tau apa latihan yg diberi kalau bro tak keberatan...
:D:D
 
kasi tau detail co kat sini.. dan siapa nama haram jadah yg manage tu.. PIC dia siapa.. kasi no tel sekali.. so semua forumer bule beware,,
 
owh.. bende ni ker..

berminat jugak nak tau apa latihan yg diberi kalau bro tak keberatan...
:D:D

a'ha..soklan yg same ar..

mmbr ada ajak msk baru2 nie..katanya gaji rm3k

ada 2 konsep..trade pelanggan pnyer(dpt komisyen ckit) atau sndiri trade (sndiri untung lar)..

minimum sndri trade mau modal 18k..:o

company otw katenyer..aku pon dlm dilemma nk msk/tidak nie..:))


so..Mozz!..modus operandi dier mcm nie ker..:-?
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12355
USD / JPY
158.015
GBP / USD
1.33280
USD / CHF
0.82593
USD / CAD
1.41575
EUR / JPY
177.538
AUD / USD
0.69510
Back
Top
Log in Register