BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwa wang simpanan lesap

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.JPG


KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal mendakwa kerugian RM800 apabila wang simpanan peninggalan arwah suaminya dalam akaun miliknya di sebuah bank lesap, dan disyaki dikeluarkan individu dikenalinya pada Julai lalu.

Pengadu, Azizah Mohamad, 41, dari Kampung Binjai Rendah, Marang, mendakwa ada mengeluarkan wang sebanyak RM500 menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada jam 8.25 malam, 22 Julai lalu.

Menurutnya, transaksi berlangsung di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus.

Azizah menceritakan, pada jam 4 petang, 28 Julai lalu, dia sekali lagi mahu mengeluarkan wang untuk membeli gas memasak tetapi terkejut apabila dimaklumkan oleh anak sulungnya, baki dalam akaun berkenaan hanya tinggal RM84.90 daripada RM935.43.

"Selepas dimaklumkan perkara itu, saya syak kehilangan wang berkenaan ada kena mengena dengan salah seorang ahli keluarga memandangkan sebelum ini individu berkenaan pernah mencuri duit yang saya simpan dalam beg.

"Selepas melihat sendiri rakaman CCTV ditunjukkan oleh pihak bank, saya hampir pengsan apabila mendapati individu terbabit merupakan orang yang saya kenal.

"Saya yakin individu berkenaan telah mengambil wang simpanan itu dan telah menghubunginya untuk berbincang cara baik...tetapi dia tidak mengaku," dakwanya.

Katanya, kali ini dia nekad membuat laporan polis kerana kesal dengan perbuatan suspek yang seakan tidak pernah serik mengambil duitnya dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

"Sudah banyak kali dia ambil duit saya dan terlalu banyak bukti perbuatannya itu...tapi saya diamkan sahaja dengan harapan dia berubah.

"Dia seolah-olah tidak pernah serik, malah semakin berani. Jadi saya terpaksa buat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan memaklumkan, kes tersebut sedang disiasat.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/dakwa-wang-simpanan-lesap-1.423989
 
atm ke manual yg cctv tunjuk...
kalau atm, macamane ade org lain bleh tau password
 
molek la report kat polis... biar polis uruskan. Pencuri ni cam penagih dadah gak sket2. payah nak berubah sb dah jadi habit
 
atm ke manual yg cctv tunjuk...
kalau atm, macamane ade org lain bleh tau password

Pin tu mungkin dia pernah tahu sebelum ni kot. Sebab mak cik ni sedar duit dia hilang sebab anak dia yang pergi bank tolong cucuk kad...
 
Back
Top
Log in Register