BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwa suami didera polis.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
OLEH: MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI & NURUL HIDAYAH HAMID
Tarikh: December 31, 2013
ALOR SETAR - Seorang wanita dari Kampung Tok Kesop, Jitra, mendakwa suaminya didera anggota polis ketika menjadi tahanan dalam reman untuk membantu siasatan kes rogol di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Lebih mengecewakan, wanita berkenaan mendakwa suaminya yang berusia 32 tahun itu didera pihak polis sehingga mengalami kecederaan pada bahagian alat sulit dan ususnya semasa dalam tempoh tahanan reman.

Wanita berkenaan mendakwa suaminya ditahan untuk membantu siasatan kes rogol pada 11 Disember lalu, berdasarkan laporan polis daripada pengadu berkaitan nombor plat kenderaan miliknya.

“Dia ditahan reman selama dua kali, yang pertamanya dari 12 hingga 18 Disember. Manakala, reman kedua suami disambung pada 18 hingga 23 Disember lepas. Semasa tempoh tahanan berkenaan, saya diberi kebenaran berjumpa dengannya pada 12 Disember.

“Alangkah, terkejutnya apabila melihat keadaan suami yang agak lesu. Keadaan kakinya bengkak, manakala nafasnya dilihat sesak. Apabila, ditanya mengapa rupanya sedemikian, suami mendakwa dipukul,” katanya.

Katanya, suaminya dimasukkan ke hospital pada 23 Disember lalu, bagaimanapun sehingga kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini selepas dibebaskan dengan jaminan polis.

Dua laporan polis dibuat* isteri mangsa di Balai Polis Jitra, pada 12 dan 27 Disember berikutan bimbang suaminya dipukul, selain mengenai keadaan yang masih tidak mampu bersuara.

Wanita itu mendakwa, dia ada menghubungi pihak polis, bagaimanapun mereka didakwa cuba mengelak pertanyaannya.

"Justeru, saya berharap insiden berlaku kepada suami mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Manakala, ibu mangsa mengharapkan keadilan, malah tidak menyangka akan berlaku kejadian sedemikian membabitkan anaknya kerana anak yang baik.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata, pihaknya memahami pihak polis menjalankan tugas mereka, namun isu berkenaan dibangkitkan berikutan tindakan tidak profesional sesetengah anggota berkenaan.

Katanya, dia berharap siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti keadaan sebenar.

“Setiap anggota polis, masyarakat mahupun penjawat awam perlu mematuhi undang-undang, dan bukannya bertindak di luar kawalan.

"Jadi, saya akan maklumkannya kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melihat sejauh mana tindakan diambil,” katanya.

Difahamkan, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung kemungkinan akan bertindak sebagai peguam untuk melihat kes berkenaan dari sudut perundangan.


image.jpg
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata, pihaknya memahami pihak polis menjalankan tugas mereka, namun isu berkenaan dibangkitkan berikutan tindakan tidak profesional sesetengah anggota berkenaan.



sy dengar cerita bukan sesetengah tp kebanyakan malah boleh dikatakan HAMPIR SEMUA.
 
ini biasa bro...
abang aku dulu pernah kena sampai masuk wad jugak..
kerana memandu tanpa lesen (bawah umur)
 
haaahaa... brp byk kumpul cerita pon boh, tetap HAMPiR SEMUA. :D

sebab tuh aku kata..kumpul semua cerita..jadi hampir semua..:))..tapi kalu negara asia tenggara nih..memang gitu kaedahnya..:))..kaedah psikologi tak berguna mana..suspek lagi licik dari polis..:eek:..
 
dia pertahan suaminya bukan dlm dakwaan kes rogol

tp dlm kes suaminya dipukul polis ketika reman

:-?..maknanya dia tak kisah la dakwaan merogol yang dikenakan pada suami dia tuh..?
 
ini biasa bro...
abang aku dulu pernah kena sampai masuk wad jugak..
kerana memandu tanpa lesen (bawah umur)



memandu tanpa lesen kena pukul sampai masuk wad?

biar betul boh... ada buat repot tak?
 
Back
Top
Log in Register