BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAISY boleh bantu orang buta

surfer957

Super Active Member
Messages
7,974
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
KUALA LUMPUR - Aplikasi baru Save as DAISY XML pada perisian Microsoft Word kini membolehkan golongan orang cacat penglihatan 'membaca' kandungan teks yang ditaip menerusi perisian berkenaan.

Presiden Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Datuk S. Kulasegaran berkata, dengan adanya aplikasi terbaru itu, golongan orang kurang upaya (OKU) kini lebih mudah untuk menelaah buku, buku teks, nota kuliah, puisi yang ditaip menerusi Microsoft Word.

"Dengan adanya aplikasi Save as DAISY XML ini, orang buta tidak memerlukan lagi tukang baca kerana sistem ini yang akan tolong mereka membacanya.

"Dengan ini, mereka akan mendapat lebih ilmu dengan cara mendengar dan mengimaginasi apa kandungan teks tersebut. Kami akan cuba untuk mengaplikasikan sistem ini kepada semua orang buta di negara ini," katanya ketika majlis memperkenalkan aplikasi baru itu di Ibu Pejabat Microsoft Malaysia di sini semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pegawai Teknologi Kebangsaan Microsoft Malaysia, Dr. Dzaharuddin Mansor dan Penolong Pengarah Eksekutif NCBM, Moses Choo Siew Cheong.

Pada majlis tersebut, Moses Choo juga melakukan demonstrasi cara-cara penggunaan aplikasi itu di mana pengguna Microsoft Word 2007, Word 2003 dan Word XP boleh menggunakannya.
 
...baGuZ la tu Bole..reRamaI laGi OKU naMbah ilMu Yg mana Yg PatOT..weLldone

p/s..Stevie WonDer da PakaI lUm?
 
Back
Top
Log in Register