BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GIMP 3.0 Kini Boleh Di Muat-Turun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Perisian grafik sumber terbuka GIMP 3.0 versi akhir kini boleh dimuat turun oleh orang ramai selepas sebelum GIMP 3.0 Release Candidate 1 dilancarkan November lalu. Aplikasi alternatif kepada Adobe Photoshop ini boleh dimuat turun bagi mereka yang inginkan perisian menyunting gambar dan menghasilkan grafik sumber terbuka yang boleh digunakan percuma. Ia adalah kemas kini pertama diterima GIMP dalam tempoh tujuh tahun.

GIMP-3.0-UI-950x641.jpg.webp


GIMP 3.0 membawakan beberapa perubahan seperti ikon alatan pada antaramuka yang kini menggunakan format SVG. Menerusi SVF, ikon akan dipaparkan dengan lebih jelas dan tajam tanpa mengira resolusi skrin GIMP digunakan. Aplikasi juga menyokong resolusi lebih tinggi berbanding versi terdahulu.

Pengurusan warna juga ditambah baik bagi memastikan warna dalam aplikasi adalah tepat dengan warna sebenar. Sebuah lagi ciri baharu ialah sokongan suntingan yang tidak memusnahkan (Non-Destructive Editing) imej asal yang diperkenalkan buat pertama kali. Juga diperbaiki ialah sokongan lebih baik untuk pemalam TIFF dan BMP. Untuk melihat senarai lengkap penambahbaikan serta memuat turun GIMP 3.0 RC, sila ke pautan di bawah. Ia disokong pada sistem operasi Windows, macOS dan Linux.

Layari https://www.gimp.org/downloads/
 
Back
Top
Log in Register