eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUANTAN – Nasi Goreng. Itulah menu utama setiap hari bagi ibu tujuh anak yang hidup serba kekurangan selepas ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak enam bulan lalu.
Kehidupan Rosliza Abd Rahim, 35, amat daif apabila hanya bergantung sepenuhnya kepada punca pendapatannya sebanyak RM14 sehari sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah di Felda Lepar Hilir, di sini.
Namun, keadaan bertambah perit setelah kantin tempatnya bekerja ditutup akibat musim cuti sekolah sekali gus menutup pintu rezekinya untuk menyara keluarga.
Rosliza bukan sahaja kehilangan punca pendapatan, malah sewa bulanan sebanyak RM100, sebahagian rumah yang menjadi tempat berteduh keluarganya di Felda Lepar Hilir Satu, di sini sudah tertunggak sejak lima bulan lalu.
“Selepas ini saya terpaksa mencari kerja lain untuk menyara keluarga. Ada suami pula tidak bertanggungjawab. Jika saya tidak bekerja, bagaimana saya hendak beri makan kepada anak-anak.
“Dia (suami) tinggalkan kami bukan sekadar tanpa sebarang berita, malah tiada langsung sebarang nafkah dikirimkan. Semuanya diletakkan di bahu saya semata-mata,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Lepar Hilir Satu, semalam.
Hasil perkongsian hidup Rosliza bersama suaminya yang berusia 36 tahun, mereka dikurniakan tujuh anak iaitu Wan Asraf, 15, Siti Nur Aisyah, 13, Wan Zuhairi, 10, Siti Nurul Aina, 9, Wan Aidiladha, 6, Ifa Rudani, 4 dan Wan Aqil, 2.
Lebih malang, anak bongsunya, Wan Aqil tidak mempunyai sijil lahir akibat kegagalannya mengemukakan sijil nikah bagi urusan pendaftaran kelahiran anaknya itu.:
“Enam anak tinggal bersama saya, manakala Wan Zuhairi tinggal bersama bapa saya. Anak bongsu pula tidak mempunyai sijil lahir dan tidak tahu lagi apa perlu saya buat.
“Saya cuma berharap anak-anak berjaya dalam pelajaran. Namun saya sedih kerana tidak mampu memenuhi keperluan seperti anak orang lain. Yuran persekolahan juga tertunggak,” katanya.
Akibat tindakan suaminya, dia merancang untuk membuat tuntutan fasakh di Pejabat Agama Islam Pahang (Jaip) kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian, selain sudah putus harapan terhadap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh ditemui selepas melawat keluarga berkenaan berkata, beliau akan memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jaip.
Selain itu, Mohd Shohaimi juga akan memastikan anak-anak Rosliza mendapat pendidikan berterusan bagi menjamin masa depan.
“Langkah sementara, saya akan memaklumkan kepada pengurusan Felda untuk menghulurkan bantuan di samping membuat permohonan kepada JKM dan Jaip.
“Saya juga akan berusaha membantu untuk dapatkan sijil kelahiran anak bongsunya kerana masalah ini menyebabkan kesulitan pada masa akan datang,” katanya.
Sesiapa yang prihatin untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosliza menerusi talian
014-8293394.