BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dahi Pekerja Nepal Tercucuk Batang Kayu

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
SEREMBAN: Seorang pekerja Nepal terpaksa menahan kesakitan selama dua jam selepas dahinya tercucuk kayu dengan kepanjangan kira-kira satu meter dalam kemalangan ngeri di sebuah kilang papan.

Vasanth Limbu, 30, sedang melakukan tugas menggunakan mesin pemotong kayu di kilang papan di Gemas apabila serpihan kayu tercucuk bahagian kepalanya kira-kira pukul 8.25 malam Isnin.

Rakan-rakannya yang terkejut dengan kejadian itu bergegas membawanya ke klinik kesihatan dengan kayu masih tercucuk di kepalanya

Walau bagaimanapun, kakitangan perubatan di sana terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu.

Pegawai operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Gemas, Kamarudin Salleh berkata anggotanya terpaksa memotong sebahagian daripada kayu yang tertonjol dengan berhati-hati sebelum menghantar Vasanth ke Hospital Segamat.

"Kami melakukan sedemikian untuk mengurangkan kesakitannya," katanya sambil menambah kayu itu mungkin telah tercucuk sedalam 30cm.

nepal.ashx
 
dr semalam ak nk cakap..muka die ni xmcm nepal pun..gemok plak tu
 
dr semalam ak nk cakap..muka die ni xmcm nepal pun..gemok plak tu

nepal ada mcm2 rupa tuan....saya dah penah keje ngan nepal pun kadang2 konpius mane satu melayu mane satu nepal. :D
 
nasib baik tak tercucuk otak..
 
Back
Top
Log in Register