Jackhalid
Super Active Member

- Messages
- 8,582
Paid Membership
- Joined
- May 24, 2008
- Messages
- 8,582
- Reaction score
- 2,402
- Points
- 211
Shah Alam: Pekan Rojak! Itu gelaran yang sesuai bagi menggambarkan lambakan pendatang asing pelbagai negara di kawasan Sri Muda, Seksyen 25, di sini, yang menyebabkan rakyat tempatan berasa seperti menumpang di negara sendiri.
Warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal antara kumpulan pendatang yang dilihat memonopoli kawasan berkenaan terutamanya di pekan Sri Muda dengan jumlah ramai dan ia lebih ketara pada hujung minggu.
Kebimbangan rakyat tempatan semakin meruncing dengan berlakunya kes jenayah membabitkan pendatang asing sejurus kejadian anggota polis diserang dalam dua kejadian berasingan masing-masing di Shah Alam dan Klang, baru-baru ini.
Tinjauan Harian Metro mendapati, pekan Sri Muda tidak pernah surut dengan kelibat pendatang asing yang sentiasa berlegar dan memenuhi kawasan tumpuan seperti restoran makanan segera dan stesen bas.
![]()
Foto
KEHADIRAN warga asing di Taman Sri Muda semakin bertambah.
Bukan menafikan kehadiran mereka yang rata-rata bekerja di kilang dan kedai di daerah ini, namun bilangan yang seakan-akan tidak ‘surut’ sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang penduduk setempat.
Peniaga, Abu Bakar Othman, 57, berkata, kehadiran pendatang asing dalam jumlah yang ramai sememangnya mengundang rasa kurang senang penduduk setempat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurutnya, apa yang lebih merisaukan, jumlah pendatang asing yang ramai menyebabkan mereka akan ‘naik lemak’ sehingga berlakunya pelbagai kes jenayah antaranya pergaduhan sesama mereka.
“Kehadiran mereka (pendatang asing) di kawasan ini ada kalanya menyebabkan penduduk rasa ‘menumpang’ di negara sendiri kerana jumlah pendatang yang ramai terutamanya pada hari minggu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dahmacampekanrojak_/Article/index_html
aku membesar kat sini. apa yg diceritakan mmg betul. makin lama makin ramai. dalam news tu diorang tak nyatakan satu lagi pendatang iaitu Indon.
Aku pernah PM wakil rakyat pasal ni. Dia kata dia dah report byk kali dah tapi benda ni bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan yg tidak mengambil langkah proaktif.
Bukan Sri Muda je la. Banyak lagi tempat lain dalam KL / Selangor ni...
Cuba pergi belah Meru...
Cuba pergi belah Klang...
Cuba pergi belah Kuala Selangor
Cuba pergi belah Pasar Borong Selayang (dah macam Nepal / Myanmar betul2. diorang siap bukak kedai dan pasang signboard bahasa diorang!)
Cuba pergi Puchong..
Cuba pergi Pusat Bandar KL kat Masjid Jamek tu time weekend...
Tak tau nak cakap apa dah. Pendatang ramai giler kot tapi penguatkuasa buat tak tau jek. Bebas je diorang meniaga tepi jalan. Boleh je meniaga dari meja ke meja makan kat kampung baru tu jual mainan / barang perhiasan.