BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dah Jadi Tauke ..

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
16.03.2019 - Bukit Mertajam, Jika sebelum ini mereka hanya bekerja di kilang, restoran atau tapak pembinaan, namun sekarang sudah menjadi ahli perniagaan dengan menjual pelbagai barang di Plaza Summit, di Bukit Mertajam.

Itu yang dikesan dilakukan sekumpulan warga Myanmar apabila mereka kini sudah menjadi tauke dengan memonopoli perniagaan di kompleks beli belah terbabit.

Bagaimanapun, mereka yang sedang rancak menjalankan urus niaga dalam premis berkenaan terkedu apabila diserbu sepasukan anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP), semalam.

Timbalan Penolong Pengarah JIMPP Izham Idris berkata, dalam serbuan 3 petang itu, seramai 37 warga asing diperiksa dan 20 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Serbuan dilakukan di enam lot kedai dan seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan itu terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita warga Myanmar.

“Selebihnya pula terdiri daripada tiga lelaki Pakistan, Bangladesh (1), Nepal (1), wanita Indonesia (1) dan wanita Nepal (1),” katanya.

Izham berkata, pemeriksaan mendapati golongan warga asing ini menjadikan kawasan itu sebagai tempat menjalankan urusniaga dengan memonopoli kompleks terbabit.

“Mereka ini terutama warga Myanmar dikesan menjalankan perniagaan menjual pakaian, beg, aksesori telefon bimbit dan pelbagai peralatan untuk kegunaan harian di premis berkenaan.

“Semua PATI yang ditahan dibawa ke depoh tahanan Juru dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

0316rs02_1552710845.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/434350/dah-jadi-tauke
 
Bukan kt situ ja bersepah kt tmpt lain..mostly customer pun dr org2 depa gak psl tu masyuk.
 
dah tentu pembekal stok dan owner tapak org tempatan ...xkan nk usung brg dr negara asal..
jadi salahkan diri sendiri demi keuntungan sanggup biarkan warga asing jadi tauke kat negara ni..
 
Aku budget beratus ribu PATI kat KL ni. Tokey kedai yg sewakan kt dorang ni batalkan sahaja permit perniagaan mereka ataupun bagi fine kow2 punya.

Masalahnya, bila bab patut dorang settle denda trus senyap berita sbab denda dah “settle”.

Baik takyah lapor berita camtu. Takde faedah tau benda takleh nak hapus.
 
Aku budget beratus ribu PATI kat KL ni. Tokey kedai yg sewakan kt dorang ni batalkan sahaja permit perniagaan mereka ataupun bagi fine kow2 punya.

Masalahnya, bila bab patut dorang settle denda trus senyap berita sbab denda dah “settle”.

Baik takyah lapor berita camtu. Takde faedah tau benda takleh nak hapus.

setakat batal lesen tak guna.. tangkao dan penjarakan sekali..
 
Isu yg xpernah nak settle dr dl kini dn selamanya hahaha......
 
Hahah hgpa mai la ahad..mcm hgpa tourist
 
teringat sewaktu waktu dulu...tahun 90 an...

aku pegi mintak keja kat KFC....

jaga kaunter semua bangla...

lepas tu keluar manager...pun bangla...

hahhaha...teringat masa tu...aku ni kat negara siapa ?
 
dulu2.. indon lepas tu indon jadi tauke .. bwk masuk bangla... bangla jadi tauke.. bawak masuk nepal.. nepal jadi tauke... bawak masuk myanmar.. myanmar jadi tauke... graduan melayu masih ramai yg mengangur
 
Back
Top
Log in Register