BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daftar syarikat sendirian berhad

hankeymeal

Freshie
Messages
16
Joined
Oct 1, 2009
Messages
16
Reaction score
0
Points
3
Salam semua,

1.Saya mempunyai syarikat enterprise. Ingin tukar ke sendirian berhad pakai nama yang sama. Boleh tak?

2.Syarikat enterprise saya tidak mempunyai bank akaun nama syarikat. Ada masalah?

3.Ada sesiapa yang kenal ejen2/syarikat pendaftar yang boleh daftarkan syarikat saya ke sendirian berhad? Berapa kos? Lagi murah, lagi bagus.

Sekian.
 
Cuma TT layari web Suruhanjaya Syarikat..mana tau ado info..sekarang ni depa sarankan kita buat direct kat SSM tanpa orang tengah...
 
Salam semua,

1.Saya mempunyai syarikat enterprise. Ingin tukar ke sendirian berhad pakai nama yang sama. Boleh tak?

2.Syarikat enterprise saya tidak mempunyai bank akaun nama syarikat. Ada masalah?

3.Ada sesiapa yang kenal ejen2/syarikat pendaftar yang boleh daftarkan syarikat saya ke sendirian berhad? Berapa kos? Lagi murah, lagi bagus.

Sekian.

Salam,
1. Perniagaan Enterprise ke Sykt. Sdn. Bhd. ..... secara undang2 memang tak boleh. Ini adalah kedua2 entiti ditubuhkan dibawah akta yg berbeza iaitu Akta Perniagaan (Business Lawa) dan Akta Syarikat (Company Law). Namum begitu pada kebiasaanya .... apabila mereka sudah menubuhkan perniagaan Syk. Sdn. Bhd... segala aktiviti dipindahkan ke entiti baru ini dan perniagaan enterprise itu dikecilkan ataupun diberhentikan.

Penggunaan nama yg sama .... perbezaan antara kedua2 entiti adalah perkataan Sdn. Bhd. ... yg perlu diletakkan dihujung nama Syarikat. Sekiranya nama tersebut belum lagi digunakan dalam perniagaan Sykt. Sdn. Bhd. ... maka anda berpeluang untuk memperolehi nama tersebut .... sekiranya telah dimiliki oleh perniagaan lain ... maka tiada harapan .... cuba cari nama2 lain yg seakan hampir nama lama.

2. Tiada akaun bank ... tiada masalah .... p/s : cuma harap jangan blacklist atau bankrupt ... sebab sesetengah bank tidak mahu membuka current account sekiranya ada Pengarahnya yg telah blacklist. Begitu juga dgn Bankrupt ... anda sudah tentu tidak boleh menjadi Ahli Pengarah.

3. Pada kebiasaanya ... kos penubuhan adalah diantara RM1,800 ke RM2,500 ... bagi Modal Dibenarkan (Authorised Capital) RM100,000 yg pertama.

p/s: harap ini membantu
 
boleh buat sendiri ke?bukan kena buat melalui company secretary ke?

Penubuhan Syarikat Sdn,. Bhd. perlu dan wajib melalui Setiausaha Syarikat.... tiada pilihan . Malah sebarang bayaran kepada SSM adalah melalui Tunai atau cheque Secretary sahaja .... tidak boleh cheque customer.

Namum sekiranya hinggi menubuhkan Perniagaan Enterprise mahupun perkongsian ... ianya boleh dilakukan sendiri .. tanpa orang tengah.

p/s : harap ini membatu
 
info yg bagus... tq...
 
Back
Top
Log in Register