BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daftar Haji Dengan Duit KWSP

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Daftar Haji Dengan Duit KWSP

Suzardi Maulan September 11, 2014

“Iringilah haji dengan umrah, sesungguhnya keduanya menghapus kemiskinan dan dosa, seperti mana relau menghilang kekotoran dari besi, emas dan perak. Ganjaran untuk haji mabrur adalah syurga.”

Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi & Imam Nasaie.

1. Orang Malaysia nak pergi menunaikan fardhu haji, secara umumnya kita pergi melalui Tabung Haji.

2. Apabila sudah buka akaun dengan nilai serendah RM 10, maka kita perlu ada RM 1300 lagi sebelum dapat daftar haji.

3. Selain itu kita juga dapat membuat pendaftaran haji dengan duit KWSP.

4. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

hajikwsp.jpg

Dari papan tanda TH Kajang.

5. Hari ini, siapa yang baru mendaftar haji, giliran paling cepat adalah pada tahun 2073. Makin kita bertangguh daftar haji, makin lambat kita pergi.

6. Apa pun perkara itu di luar kuasa kita, kewajipan kita adalah segera cukupkan duit untuk mendaftar menunaikan haji.

7. Berdoalah bersungguh-sungguh supaya kita dapat menunaikan haji pada usia muda, ketika masih kuat dan sihat. Apabila Allah swt dah menjemput kita menjadi tetamu-Nya, tiada kuasa lain dapat menghalang.

Sila uruskan duit gaji dengan baik dari sekarang, supaya bila tiba giliran kita untuk menunaikan haji, kita sudah cukup duit untuk perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan haji. Makin lama, kos menunaikan haji makin naik.

http://www.pakdi.net/daftar-haji-dengan-duit-kwsp
 
Betul ke ni? Klu diikutkan syarat2 kt iklan tu dh layak dh wpun x keje. Ada sape2 blh sah kan?
 
betul. dh daftar guna cara ni jg..
bawa penyata kwsp..dia terus proses..
 
Aku pun dah buat hari tu..
Die boleh guna sehingga 3.5k kalau yuran haji x cukup..
 
Back
Top
Log in Register