Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Dadah RM7j di lampu pikap
KUALA LUMPUR: Empat warga Malaysia, termasuk sepasang suami isteri antara enam suspek ditahan dalam operasi khas oleh Polis Thailand di Wilayah Songkhla, 14 Mei lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan dadah dari Myanmar ke Malaysia dengan menjadikan negara jiran itu sebagai pusat transit.
Sumber memberitahu, semua suspek ditahan di sebuah rumah di Hatyai, kira-kira 740 kilometer ke selatan Bangkok, sebelum pemeriksaan lanjut menemui 26 kilogram serbuk kristal syabu (methaphetamine) yang siap diproses bernilai lebih RM7 juta mengikut pasaran semasa.
Turut ditemui 25 gram heroin bernilai RM37,000 dan sejumlah besar wang tunai, masing-masing dalam mata wang Thailand dan Malaysia, dipercayai hasil jualan bahan terlarang itu.
Sumber berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Narkotik Polis Thailand, yang bertindak atas maklumat risikan serta intipan terhadap pergerakan kumpulan itu.
Katanya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui dadah itu disembunyikan pada bahagian lampu depan sebuah trak pikap di rumah berkenaan.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, dadah itu dipercayai diproses di Myanmar sebelum cuba diseludup ke Malaysia melalui Thailand. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dari mana bekalan dadah itu diperoleh (di Myanmar) dan rangkaian pengedaran mereka di Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sumber berkata, hasil siasatan turut mendapati tiga daripada suspek warga Malaysia itu mempunyai pertalian keluarga, malah rumah yang diserbu milik seorang daripada mereka.
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DadahRM7jdilampupikap/Article