BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dadah RM700 juta dirampas

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
dadah_terbesar_1566214193.jpg

DADAH yang dirampas pihak berkuasa.







DISIFATKAN antara rampasan dadah terbesar dalam sejarah apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan kartel dadah tempatan selain merampas ketamin dan kokain bernilai hampir RM700 juta.

Sumber berkata, rampasan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu membabitkan ketamin seberat hampir 500 kilogram (kg) dan kokain seberat lebih tiga tan.

Menurutnya, kejayaan itu susulan serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, KDRM dan cawangan polis berkaitan di sebuah kilang di Puncak Alam, Selangor, petang semalam.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan empat lelaki tempatan dan sembilan warga asing yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah.

"Pemeriksaan susulan menemui 11 guni dipercayai berisi serbuk ketamin.

“Suspek yang disoal siasat kemudian membawa anggota polis ke sebuah rumah di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor," katanya.

Menurutnya, polis melakukan pemeriksaan rapi di kediaman itu sebelum menemui lebih 3,200 ketulan dadah mampat disyaki kokain seberat lebih tiga tan.

"Polis masih menyiasat kemungkinan sindiket menjadikan negara ini sebagai transit berikutan penggunaan dadah kokain di Malaysia tidak popular berbanding syabu dan ketamin.

"Kokain berasal dari Amerika Selatan mendapat permintaan tinggi dari sindiket di negara jiran dan harganya menjangkau ratusan ribu ringgit sekilogram," katanya.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rampasan dadah ini dianggap antara kejayaan terbesar PDRM yang sebelum ini pernah merampas dadah syabu seberat 2.06 tan bernilai RM103. 2 juta di Ulu Tiram, Johor pada Mac lalu.









sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/487716/dadah-rm700-juta-dirampas






.
 
fuh..main tan2 woo..syabbas pdrm..lupuskan trus,jangan ada yang gelap mata pula dengan rampasan ni..
 
Ikut pasaran dadah, kokain adalah pemegang rekod bg dadah termahal di dunia, RM200k/1kg.

Kalau di rampas 3 tan = 3000kg.

3000kg X RM200k = RM600juta

Maknanya anggaran baki RM100juta lagi ketamin lah. Sbb total anggaran RM700juta rampasan.

Betul dah tu anggaranya.

Yg kena tangkap, boleh tarik nafas lega sikit, sbb ini bukan singapura..malaysia sudah tiada hukuman gantung mandotori.
 
Last edited:
camna diaorg bwk masuk ye. mcm guni tepung gandum je
 
omg mcm kilang tepung jer... bila tgk dadah banyak mcm 2
 
barang rampas orang x tau.. kalo ada orang pun tiba tiba hilang.. serupa lagu korek lubang tutup lubang.. xda inisiatif..
 
Back
Top
Log in Register