BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DADAH BACK2BACK: Sabak Bernam dan Kuantan

MHaffiezMNazri

Super Active Member
gem
Messages
5,494
Joined
Jul 23, 2012
Messages
5,494
Reaction score
1,168
Points
171
Sindiket dadah terbesar Sabak Bernam tumpas

image.jpg

Nor Azmi (kiri) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas dalam serbuan di Jalan Pantai Bagan Sungai Besar, semalam.

SABAK BERNAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berjaya menumpaskan sindiket dadah terbesar di daerah itu bernilai RM24,150 di Jalan Pantai, Bagan Sungai Besar, di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.05 petang itu, suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan polis diketuai Asisten Superintendan Mohamad Rashidi Mat Din bersama sekumpulan anggotanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya merampas dua jenis dadah iaitu heroin seberat 1.35 kilogram dan syabu seberat 0.98 gram.

"Nilai rampasan tiga bungkusan heroin sebanyak RM24, 000 manakala tiga bungkusan kecil dadah jenis syabu sebanyak RM150," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azmi berkata, semasa serbuan dilakukan, suspek dipercayai bersama beberapa rakannya lain sedang berbual di kawasan berkenaan.

"Semua rakan suspek berjaya melarikan diri, bagaimanapun hasil kecekapan polis berjaya menahan suspek," katanya.

Beliau berkata, suspek yang turut mempunyai tiga kes lampau sebelum ini dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran di sekitar kawasan berkenaan.

"Suspek dipercayai membungkus dadah jenis heroin dalam paket-paket kecil dan kemudiannya menjualnya pada harga RM30 segram manakala syabu 0.3 gram pula dijual dengan nilai anggaran RM50," katanya.

Menurut Nor Azmi, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 1 Disember depan.

Katanya, kes itu disiasat mengiku Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori dan Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh didenda tidak lebih RM100, 000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

-----

Dua lelaki tempatan, dua wanita warga Vietnam ditahan edar dadah

image.jpg

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh memeriksa dadah yang dirampas dalam dua serbuan di Kuantan, Pahang. - GAMBAR/UTUSAN ONLINE

KUANTAN 25 Nov. - Polis menahan dua lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di daerah ini, semalam

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM145,000 dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tujuh hari bermula hari ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register