BTC USD 81,457.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

- d e l e t e d -

Bila bola Malaysia nak maju kalau ada orang macam ni
 
pakat la dgn kelab2 peminat negeri & ultras malaya utk desak bubar balik FAM sempena PRU13.
 
teruk FAM ni..mcm2 hal
 
FAM - Sorok Wang Tajaan Siaran RM40 Juta

Setiap "live" yg dilakukan pasukan akan kehilangan pendapatan dari jualan tiket. Ada beberapa pasukan yg meminta dibayar gantirugi sebanyak jumlah tertentu sahaja namun tidak diendahkan oleh FAM sedangkan ASTRO membayar utk hak siaran sebanyak RM4o Juta setahun selama 3 tahun untuk Liga M..perlu juga anda tahu bahawa setiap RM2.00 dari jualan tiket pintu stadium dibayar kepada FAM pada setiap perlawanan.

Persoalannya... Kemanakah duit tajaan ASTRO itu ?

duit tu ke poket udin & idin
:(scam:(scam:(scam:(scam
 
depa ni fly jauh2 tak reti ke pakai web conferencing
 
bila fam nak tukar pucuk pimpinan dier? waaa..pls aku nk tgk bolasepak malaysia improved
 
nanti JATI dan PERKASA marah sebab mengata kat raja...:)
 
FAM - Sorok Wang Tajaan Siaran RM40 Juta

Setiap "live" yg dilakukan pasukan akan kehilangan pendapatan dari jualan tiket. Ada beberapa pasukan yg meminta dibayar gantirugi sebanyak jumlah tertentu sahaja namun tidak diendahkan oleh FAM sedangkan ASTRO membayar utk hak siaran sebanyak RM4o Juta setahun selama 3 tahun untuk Liga M..perlu juga anda tahu bahawa setiap RM2.00 dari jualan tiket pintu stadium dibayar kepada FAM pada setiap perlawanan.

Persoalannya... Kemanakah duit tajaan ASTRO itu ?


FAM naik hadiah ganjaran
Selasa, 13 Disember 2011

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan habuan lumayan bernilai RM 1.1 juta menanti pasukan yang muncul juara dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Md Amin menyatakan kenaikkan ganjaran sebanyak 50 peratus akan menanti pasukan yang dinobatkan sebagai juara Liga Super musim depan, menurutnya lagi juara akan menerima habuan sebanyak RM750 ribu dan insentif sebanyak RM 350 ribu menjadikan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM 1.1 juta menanti pemenang.

Naib juara pula akan menerima habuan sebanyak RM 500 ribu, manakala pemenang tempat ketiga sebanyak RM 300 ribu.

Selain itu, FAM juga sedang dalam proses menimbangkan untuk memberi ganjaran wang tunai kepada pemenang Piala FA dan Piala Malaysia pada musim depan.

"Jawatankuasa kewangan yang dipengerusikan Tuanku Presiden telah menaikkan 50 peratus daripada jumlah hadiah kemenangan. Selain itu, usul juga akan dikemukakan untuk memberi ganjaran hadiah wang tunai kepada juara Piala FA dan Piala Malaysia," kata Hamidin.

Bagaimanapun pengumuman rasmi akan diumumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad selepas majlis undian Liga Malaysia 2012 pada Selasa.

Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan sebanyak 14 pasukan yang akan beraksi dalam Liga Super dan 12 pasukan akan bertanding dalam Liga Perdana pada musim depan telah menepati syarat-syarat kewangan serta sistem pembiayaan gaji pemain tempatan dan import.

"Kita melihat daripada sudut sumber daripada KWSP, gaji tertunggak dan lain-lain kesemua pasukan, sebahagian daripada beberapa pasukan telah menyelesaikan masalah kewangan gaji di saat-saat akhir," tambah Hamidin.

Sebelum ini, FAM mengumumkan juara Liga Super musim depan hanya akan menerima hadiah kemenangan sebanyak RM 750 ribu namun dengan skim baru yang diperkenalkan ini akan menyaksikan juara akan menerima sejumlah RM 1.1 juta hadiah wang tunai.

Kancah Liga M'sia akan bermula pada 7 Januari dengan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih di antara juara Liga Super, Kelantan menentang juara Piala M'sia Negeri Sembilan dan diikuti dengan sepak mula Liga Super pada 10 Jan.

sumber

seblm ni FAM x bg ganjaran kpd team yg menang piala fa & piala malaysia ke?


FAM tambah geran
PASUKAN yang bertanding dalam Liga M 2011 tidak perlu merungut kerana kantung kosong kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka menambah jumlah geran tahunan serta menawarkan beberapa pakej menarik sebagai sumber kewangan baru setiap pasukan.

Semua ini hasil penajaan lumayan RM220 juta oleh Astro Media bagi tempoh empat tahun merangkumi hak penyiaran bernilai RM30 juta setiap tahun mulai 2011 dan tambahan RM100 juta bagi kegiatan promosi oleh stesen satelit berbayar itu yang termetrai sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (gambar), secara prinsipnya persetujuan menambah jumlah geran tahunan itu sudah dicapai namun perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan yang dipengerusikan Presiden, Sultan Ahmad Shah bulan depan.

“Berdasarkan cadangan dikemukakan, geran tahunan pasukan bertambah daripada tahun lalu tapi perkara ini perlu dibincangkan dan mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan FAM terlebih dulu,” katanya selepas melancarkan logo baru MSL 2011 di Wisma FAM, semalam.

Bagaimanapun, Annuar enggan mendedahkan jumlah baru geran tahunan itu. Pada musim sebelum ini, setiap pasukan Liga Super menerima RM250,000, Liga Perdana (RM150,000) sementara RM100,000 bagi ahli bersekutu seperti ATM dan PDRM bagi tempoh setahun.

Jumlah geran tahunan itu diberikan berdasarkan kemampuan FAM sebelum ini yang dilapor hanya mendapat tajaan Telekom Malaysia RM8.5 juta untuk tempoh setahun sejak 2002 manakala Dunhill yang menjadi penaja utama bermula pada 1989 memberikan kira-kira RM33 juta untuk badan induk bola sepak negara itu.

sumber
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register