Menerusi segmen sukan Buletin Utama TV3 sebentar tadi, beberapa kenyataan penting daripada dua orang tokoh atau supremo bola sepak Malaysia.
Satunya adalah kenyataan atau komen daripada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Beliau menyatakan bahawa ranking amat penting kepada perkembangan semasa bola sepak negara. Baginda menyarankan agar pihak penguru...san lebih peka terhadap perkara ini dan mereka haruslah berbuat sesuatu untuk memperbaiki kedudukan tersebut di masa hadapan. Baginda turut berpendapat seharusnya pihak pengurusan dapat meletakkan sasaran yang lebih relevan; contohnya 100 terbaik dunia ataupun 10 terbaik Asia. Ini akan memudahkan pemain kita untuk berhijrah bermain dalam liga luar negara seperti yang disyaratkan FIFA.
Berlainan pula dengan seorang lagi tokoh yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagopal. Ketika ditemubual, beliau dengan nada yang tenang menyatakan bahawa kita tidak perlu cemas tentang kedudukan ranking semasa. Beliau mempersoalkan kenapa masyarakat menggelabah bila ranking kita jatuh ke tahap 156 dunia. "Saya tidak faham dengan mereka. Kita masih lagi pasukan terbaik hari ini. Untuk permulaan tahun 2012, kita masih tidak kalah dalam beberapa siri perlawanan yang diatur pada awal tahun. Kalau nak diikutkan ranking, pasukan Indonesia lebih baik dari kita. Vietnam lebih baik dari kita. Thailandpun lebih baik dari kita. Jadi cuba tanya....siapa yang jadi juara AFF hari itu? Kalau ranking diambil kira, tentulah Thailand yang menjadi juara sebab ranking dia lebih bagus..."
Dua tokoh, dua pandangan berbeza diberikan.~X(
P/s : Timbalan Presiden ni bagi kenyatan tanpa kelulusan x kena gantung jugak ke ?:-?
P/s : Ayat kaler merah tu cam SI.AL !!!