BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curiga anak saudara terjawab

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anggota polis dan rakan sekerja mengangkat mayat Sedik untuk dibawa ke hospital.​

LUKUT - Bau busuk dari luar rumah memberi petanda kepada penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui mati dalam bilik tidur di rumahnya di Fasa 10 Bandar Springhill, di sini, petang kelmarin.

Mayat Sedik Jaffar, 64, ditemui anak saudaranya, Hadijah Ramlan, 37, yang datang dari Kuala Lumpur, kira-kira jam 5 petang.

Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu berdasarkan kepada keadaan mayat yang sudah berbau dan berulat.

Menurut Hadijah, dia nekad datang ke rumah warga emas itu selepas gagal dihubungi sejak tiga hari lalu.

"Kali terakhir saya hubungi pak cik Sedik, kira-kira 2 pagi Sabtu lalu. Suaranya seperti biasa saja dan turut mengadu kurang sihat dan sakit di bahagian dada. Pak cik juga ada pesan, kalau telefon dia tapi tak dapat, datanglah cari dia.

"Hari ni (kelmarin) saya nekad datang ke sini untuk tengok keadaan pak cik sebab dia memang tak angkat telefon. Memang saya risau ditambah dia ada pesan untuk datang cari dia," katanya.

Hadijah berkata, dia datang dari Kuala Lumpur bersama adiknya menaiki bas hingga ke Bandar Port Dickson sebelum mengambil teksi untuk ke Bandar Springhill.

"Sebaik sampai di rumahnya, saya lihat ada kereta di garaj rumah dan pintu tertutup rapat serta dikunci.

"Dalam masa yang sama saya juga terhidu bau busuk dan saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku dan terus saya ke Balai Polis Lukut meminta bantuan," katanya.

Hadijah memberitahu, mangsa berstatus duda dan mempunyai tiga anak yang sudah dewasa dan menetap di Johor Bharu.

Sementara itu, sumber polis berkata, mayat mangsa ditemui di atas katil di dalam bilik tidurnya di tingkat atas rumah dalam keadaan terlentang dipercayai akibat sakit jantung.

"Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

"Mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
 
Back
Top
Log in Register