BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curi pemetik api, denda RM2,000

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
AYER KEROH - Hanya kerana memiliki pemetik api curi bernilai RM19.90, seorang bekas pengawal keselamatan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Nasim Mohammed Pouzi, 23, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nor Azizah Yusof selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, Nasim didapati memiliki harta curi iaitu satu pemetik api bertulis ‘World A Gun’ bernilai RM19.90 kepunyaan Koh Han Chin, 31, di Dataran Pahlawan Megamall, kira-kira jam 5.15 petang, pada 10 Januari 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda.

Terdahulu, Nasim mengaku tidak bersalah terhadap mencuri satu pemetik api bertulis ‘World A Gun’ bernilai RM19.90 kepunyaan Koh Han Chin di kiosk ruang legar Dataran Pahlawan Megamall, kira-kira jam 11 pagi pada 8 Januari 2012.

Bagi kesalahan itu, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika rayuan, Nasim memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan hanya bekerja sebagai pembantu pemandu lori selepas dihentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Nor Azizah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap tertuduh atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

“Hukuman setimpal sebagai pengajaran. Walaupun nilai kecil iaitu RM19.90 tetapi ia perlu dibandingkan dengan amanah yang dipertang*gungjawabkan ke atas kamu sebagai pengawal keselamatan,” katanya.




SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/curi-pemetik-api-denda-rm2-000-1.29886
 
rm19.90 jugak yg dikejar..yg songlap juta2 xnk pulak tangkap..cmnila nasib rakyat #:-S
 
berita nih melucukan betui..
 
Jgn la ambik barang yg bukan hak kite
Tak kire berape pon
Pasti suatu hari nanti hak kite akn ditarik oleh Allah sbg blasn
 
Yg kes lembu xmo setel lg..
 
sinar harian mmg melucukan..
hahahahha..
 
xpa..yg kecik2 depa nampak..yg 'gajah' depan mata? mudahan ALLAH

menunjukkan perkara yg sebenar..AMIN
 
Back
Top
Log in Register