eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SUBANG JAYA: Cita rasa tinggi dua mekanik yang mahu mengubah suai Proton Putra kepada Mitsubishi Evo membuatkan mereka sanggup mencuri aksesori kenderaan terbabit di sebuah kedai menjual kereta terpakai di Bukit Kuchai, dekat sini, Isnin lalu.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu terbongkar hanya tiga jam selepas melakukan perbuatan itu apabila ditahan ketika berada di hadapan Hotel Sun Inn Mentari.
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata sebelum itu, seorang pengusaha kedai kenderaan terpakai membuat laporan polis kira-kira jam 9 pagi selepas menyedari cermin kereta Mitsubishi Evo yang diletakkan di premisnya itu pecah.
Menurut Zainal Rashid, hasil pemeriksaan lanjut, mangsa mendapati kusyen dan beberapa aksesori dalam kenderaan terbabit hilang.
“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis yang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah Proton Putra yang berada dalam keadaan mencurigakan yang diletakkan di hadapan sebuah hotel.
“Polis kemudian membuat pemeriksaan dan menemui kusyen serta beberapa aksesori lain yang dipercayai milik mangsa yang membuat laporan sebelum itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, polis kemudian menunggu hampir setengah jam sebelum dua suspek berkenaan dilihat keluar dari hotel terbabit.
“Sejurus melihat dua suspek terbabit menghampiri kereta, polis menahan mereka.
“Dua suspek terbabit kemudian membawa polis ke rumah mereka di Bukit Kuchai dan pemeriksaan menemui dua lagi kusyen dan bonet yang dipercayai dicuri,” katanya.
Selain itu, pemeriksaan turut mendapati enjin yang digunakan Proton Putra berkenaan ditukar dan digantikan dengan enjin Mistubishi Evo.
Bagaimanapun, suspek mendakwa enjin terbabit dibeli dan bukan dicuri.
Zainal berkata, suspek masing-masing daripada Petaling Jaya dan Pantai Dalam itu mengakui mencuri aksesori berkenaan bertujuan mengubah suai Proton Putra milik mereka.
“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM160, 000 dan suspek kini direman beberapa hari untuk siasatan lanjut,” katanya.