eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Pelik apabila dua penyamun ‘nakal’ dikesan hanya mencuri dua abjad sama iaitu ‘B’ dan ‘S’ daripada papan iklan yang dipasang di hadapan pusat komersial di Bangsar di sini sebanyak empat kali dalam tempoh beberapa bulan.
Difahamkan, kedua-dua lelaki berusia 30-an yang dipercayai individu sama melakukan perbuatan itu sejak awal tahun ini dikesan hanya mencabut dan mengambil dua abjad berkenaan sebelum melarikan diri.
Dalam kejadian terbaru Sabtu lalu, seorang pengawal keselamatan di pusat komersial berkenaan yang berusia 40-an mendakwa didatangi dua lelaki terbabit ketika bertugas, kira-kira jam 5.30 pagi.
Menurut sumber, mangsa yang curiga dengan kehadiran suspek cuba menyoal mereka.
Bagaimanapun, mangsa diugut dengan pisau sebelum mencabut abjad B dan S. Pengawal keselamatan itu membuat laporan di Balai Polis Pantai.