BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuma rugi RM227 juta

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas sebanyak RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Bhd. (Transmile) dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.

"Pada maklumat terakhir yang diperoleh daripada pihak Khazanah Nasional Bhd. dan Pos Malaysia, kerugian sebenarnya adalah sebanyak RM227 juta dan bukan RM546 juta.

"Kerugiannya disebabkan kerugian pelaburan dalam Transmile, sebuah syarikat yang telah dibeli sahamnya oleh Pos Malaysia dalam tahun 2004 sebanyak 20 peratus," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di sini.
 
227juta je katanya..
mcm main2 je bunyinya..
 
dah suku bilion rugi tu .....
 
ooo.......baru tue jer? masih ok tue........
 
Pos malaysia bukannya rugi....cuma x untung je.....:D:D
nanti boleh cover dgn duit lain....:)
 
alaa... 'cuma' RM227juta jek...
 
Back
Top
Log in Register