Culik selepas cinta ditolak

Recommended Brokers

Latest Threads

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
23,182
Reaction score
2,235
Points
163
Location
INSTAFOREX PARTNER

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

KEPALA BATAS: Tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak menyebabkan seorang pemuda nekad menculik dan melarikan seorang wanita di sebuah pasaraya besar dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 29 tahun yang juga pekerja pasaraya berkenaan berada di dalam kereta miliknya untuk pulang ke rumah, sebelum suspek tiba-tiba bertindak masuk ke dalam kenderaannya.

Suspek yang berusia 27 tahun kemudian menolak mangsa ke tempat duduk sebelah pemandu dan terus memecut laju kereta jenis Proton Iriz itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian itu disedari rakan mangsa yang terdengar jeritan wanita itu meminta pertolongan.

“Rakan sekerja mangsa cuba mengejar kenderaan yang dilarikan suspek tetapi gagal, manakala bapa mangsa yang datang ke pasaraya berkenaan selepas mendapati anaknya tidak pulang ke rumah gagal menghubungi telefon anak perempuannya.

“Selepas beberapa jam insiden penculikan terbabit, suspek akhirnya datang menyerah diri kepada pihak polis atas nasihat dan pujukan abang kandungnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Insiden penculikan itu tular di laman sosial apabila netizen yang berada berhampiran lokasi kejadian memuat naik video memaparkan kenderaan yang dilarikan suspek dikejar kenderaan rakan mangsa namun tiada kemalangan berlaku.

Noorzainy berkata, suspek membawa mangsa sehingga ke pasar Tasek Gelugor dan menghubungi abangnya bagi memaklumkan dia menculik wanita itu.

“Mangsa pula memaklumkan suspek mengunci semua pintu kereta dan mengikat tangannya dengan tali selama 20 minit sebelum menunggu abang suspek datang ke pasar berkenaan.

“Abang suspek kemudian membawa adiknya dan mangsa ke Pantai Bersih, Butterworth, yang mana pada ketika itu abang suspek memujuk mangsa supaya tidak memanjangkan perkara ini dan meminta adiknya menyerah diri kepada polis,” katanya.

Katanya, suspek akur dengan pujukan abangnya dan menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas pada jam 4.30 pagi tadi.

Noorzainy berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu menjalani sebarang rawatan di hospital.

“Menurut bapa kandung mangsa, sebelum ini dia ada membuat laporan polis apabila suspek sering mengganggu anak perempuannya namun ia diselesaikan dengan cara baik.

“Bagaimanapun suspek masih tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak lalu be
rtindak di luar jangka dengan menculik mangsa,” katanya.

Katanya, semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/587818/culik-selepas-cinta-ditolak
 
Update # 1
Kecewa cinta ditolak, lelaki culik wanita

KEPALA BATAS 22 Julai - Kecewa kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki berusia 27 tahun bertindak menculik dan melarikan seorang wanita dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bertam, dekat sini malam tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi ketika mangsa yang berumur 29 tahun baru selesai bekerja dan sedang berjalan menuju ke keretanya untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki kereta, suspek secara tiba-tiba muncul dan menolak mangsa ke tempat duduk penumpang sebelum melarikan mangsa menuju ke kawasan pasar awam di Tasek Gelugor.

Video kejadian culik itu yang memaparkan sebuah kereta Proton Iriz dipandu laju turut tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, ketika kejadian, seorang lelaki yang berada berdekatan lokasi mendengar jeritan mangsa meminta tolong dan cuba mengejar kenderaan tersebut namun gagal kerana dipandu laju.

Katanya, bapa mangsa yang datang mencari anaknya itu pada pukul 11.30 malam selepas tidak pulang dari kerja dan gagal dihubungi turut dimaklumkan oleh rakan anaknya yang mana mangsa telah diculik seorang lelaki yang memakai baju kemeja.

Tambah beliau, ketika berada di pasar awam Tasek Gelugor, suspek turut mengikat kedua-dua belah tangan mangsa pada bahagian belakang sebelum membukanya semula 20 minit kemudian selain menguncinya di dalam kereta selama hampir satu jam.

Katanya, suspek kemudian menghubungi abangnya dan memaklumkan dia telah melarikan wanita berkenaan sebelum abangnya datang berjumpa mereka di pasar awam berkenaan.

“Ketiga-tiga mereka kemudiannya menaiki kereta jenis Proton Wira abang mangsa menuju ke Pantai Bersih, Butterworth dan berada di sana sehingga pukul 4 pagi.

“Difahamkan mangsa dipujuk supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis manakala suspek pula dipujuk menyerah diri sebelum abang mangsa membawa mereka ke Balai Polis Kepala Batas untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Noorzainy, siasatan awal mendapati bapa mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap suspek kerana mengganggu anaknya itu dan kes tersebut diselesaikan secara baik selepas suspek berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi.

“Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah bersabit kes dadah kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah,” katanya. -UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kecewa-cinta-ditolak-lelaki-culik-wanita-1.941807
Sponsored Post

adamrao

Fun Poster
Joined
Mar 1, 2017
Messages
949
Reaction score
62
Points
28
lawan arus nampak gaya pompuan nie.. selalu ramai ja ikut.. bila hilang.. mak pak ngeyau.. x mengaku ikut jantan.. dalam media sosial ada pula ramai tukang post jenis si bodoh suruh bersangka baik.. padahal............
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
5,312
Reaction score
384
Points
83

lain macam je komen ni tuan. emmm...tuan rujuk pada kes ni ke main pukul rata :-?
 
adamrao

Fun Poster
Joined
Mar 1, 2017
Messages
949
Reaction score
62
Points
28
lain macam je komen ni tuan. emmm...tuan rujuk pada kes ni ke main pukul rata :-?
dalam 50 kes hilang aku rasa dia nie champion lawan arus.. lain hanyut bercinta dan ketagihan ngentot lari ikut jantan.. :))
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
5,312
Reaction score
384
Points
83
dalam 50 kes hilang aku rasa dia nie champion lawan arus.. lain hanyut bercinta dan ketagihan ngentot lari ikut jantan.. :))
ooo..baru faham...sorry tuan.. lambat pikap... :">

ye betul... jenis wanita cam cik kak ni memang susah nak cari sekarang ni.
 
BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,481
Reaction score
133
Points
63
emmm jenis tahik dadah memang payah nak disedarkan walau dengan apa cara sekalipun
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
44,242
Reaction score
5,303
Points
168
comei lote agaknya mangsa ni, tu yg tak puas hati suspek ni walau dah kena reject
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
23,182
Reaction score
2,235
Points
163
Location
INSTAFOREX PARTNER
Kecewa cinta ditolak, lelaki culik wanita

KEPALA BATAS 22 Julai - Kecewa kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki berusia 27 tahun bertindak menculik dan melarikan seorang wanita dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bertam, dekat sini malam tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi ketika mangsa yang berumur 29 tahun baru selesai bekerja dan sedang berjalan menuju ke keretanya untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki kereta, suspek secara tiba-tiba muncul dan menolak mangsa ke tempat duduk penumpang sebelum melarikan mangsa menuju ke kawasan pasar awam di Tasek Gelugor.

Video kejadian culik itu yang memaparkan sebuah kereta Proton Iriz dipandu laju turut tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, ketika kejadian, seorang lelaki yang berada berdekatan lokasi mendengar jeritan mangsa meminta tolong dan cuba mengejar kenderaan tersebut namun gagal kerana dipandu laju.

Katanya, bapa mangsa yang datang mencari anaknya itu pada pukul 11.30 malam selepas tidak pulang dari kerja dan gagal dihubungi turut dimaklumkan oleh rakan anaknya yang mana mangsa telah diculik seorang lelaki yang memakai baju kemeja.

Tambah beliau, ketika berada di pasar awam Tasek Gelugor, suspek turut mengikat kedua-dua belah tangan mangsa pada bahagian belakang sebelum membukanya semula 20 minit kemudian selain menguncinya di dalam kereta selama hampir satu jam.

Katanya, suspek kemudian menghubungi abangnya dan memaklumkan dia telah melarikan wanita berkenaan sebelum abangnya datang berjumpa mereka di pasar awam berkenaan.

“Ketiga-tiga mereka kemudiannya menaiki kereta jenis Proton Wira abang mangsa menuju ke Pantai Bersih, Butterworth dan berada di sana sehingga pukul 4 pagi.

“Difahamkan mangsa dipujuk supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis manakala suspek pula dipujuk menyerah diri sebelum abang mangsa membawa mereka ke Balai Polis Kepala Batas untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Noorzainy, siasatan awal mendapati bapa mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap suspek kerana mengganggu anaknya itu dan kes tersebut diselesaikan secara baik selepas suspek berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi.

“Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah bersabit kes dadah kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah,” katanya. -UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kecewa-cinta-ditolak-lelaki-culik-wanita-1.941807
 
Sponsored Post
Top
Log in Register