BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Culik, rogol teman wanita

cyber99

Fun Poster
Messages
827
Joined
Mar 5, 2011
Messages
827
Reaction score
97
Points
30
27 Februari 2013

image.jpg

Tertuduh (tengah) dikawal ketat anggota polis keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam


KOTA BHARU – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menculik dan merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun, 11 Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 21 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mohd Amirul Hisyam Mat Salleh dari Kampung Batu Hitam, Pasir Puteh didakwa menculik gadis itu pada jam 7 pagi tarikh berkenaan sebelum didakwa merogolnya pada jam 3 petang hari sama.

Pertuduhan rogol dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan manakala tuduhan culik dibuat berasingan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Bagi dakwaan rogol, tertuduh berdepan penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat manakala, bagi tuduhan culik dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, susulan daripada penafiannya, Azman menangguhkan kes untuk pengurusan sementara tertuduh yang diwakili peguam, Rosmizan Sulaiman dibenarkan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh sebelum ini bekerja sebagai penoreh getah sebelum berpindah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai mekanik.

Azman dalam pada itu turut mengenakan syarat kepada tertuduh supaya tidak mendekati mangsa, mengganggu atau berkomunikasi dengan remaja perempuan itu dalam apa-apa cara sekalipun.

Dia yang kematian bapanya sejak 12 tahun lalu itu kemudian dijamin oleh datuk saudara.

--SINAR HARIAN
 
Kesian jugak kat beliau, bimbingan seorang ayah beliau dah takde, mungkin sebab tue la jadi macam nie,
dan, nasib baik la beliau dah ditangkap, sebab kes culik tue, boleh ditembak mati tue...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
nak culik teman wanita kul 7 pagi..??
rogol plak kul 3 ptg..??

urmmm.. mcm pelik plak ni..
awat lepas culik tak siap2 rogol??

adakah suka sama suka..??
gasak ko larr mekanik..
dh kena troll ngan pompuan tu..
 
punah lagi masa depan budak melayu..
 
nih kes suka sama suka nih.....tu la jgn berzina kan dh kena......
 
Back
Top
Log in Register