BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Culik calon isteri

autorebateinstaforex

Banned
Messages
44
Joined
Feb 13, 2015
Messages
44
Reaction score
0
Points
6
Beijing: Seorang lelaki yang tidak sanggup pulang ke kampung halaman untuk Pesta Musim Bunga dalam keadaan bujang mengambil langkah drastik apabila menculik seorang wanita untuk dikahwini.

Lelaki berusia 32 tahun itu dikenali sebagai Liu dipercayai takut dibebel ibu bapanya jika pulang tanpa isteri, lalu menculik seorang gadis yang sedang berjalan pulang selepas selesai bekerja syif malam.

Jirannya mendakwa Liu masih bujang kerana sikapnya yang gemar mengasingkan diri.

Memandangkan Tahun Baru Cina semakin hampir, Liu menyangka jalan terbaik adalah memaksa seorang wanita supaya menjadi isterinya bagi mengelak disoal bertubi-tubi ketika perayaan itu.

Liu membuat persiapan dengan membeli tali dan beg sebelum melepak berhampiran tapak pembinaan tempat dia bekerja untuk mencari wanita sesuai.

Mangsa pilihannya bernama Tan yang diculik selepas berpura-pura bertanya jalan sebelum diusung pulang ke rumah Liu.

Bagaimanapun, Tan bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas hanya dua jam.

Teman lelakinya berkata: “Saya menerima panggilan telefon selama 20 minit daripada nombor yang tidak dikenali pada pagi itu.

“Walaupun suaranya tidak jelas, saya yakin ia teman wanita saya dan dia dalam bahaya.

“Saya mengesyaki dia disamun atau diculik jadi terus menelefon polis.”

Ketika mengakui perbuatannya, Liu berkata dia tidak larat disoal keluarganya mengenai pasangan hidup.

“Saya saja yang masih bujang dalam keluarga.

“Saya tertekan kerana ibu bapa dan keluarga tidak habis-habis bertanya kenapa saya masih belum berkahwin setiap kali kami berkumpul pada Tahun Baru,” katanya.
 
aku pon dah rase pressure kawen lambat nie
 
forever_alone_by_foreveraloneplz.png
 
Awat sampai culik nak kawin...tak mampu mcm tu kalau org islam mungkin jatuh haram hukum dia...w.a.
 
Sewa bini jelah.. yang gi culik pesal.. kan kat china macam2 ada
 
aku pon dah rase pressure kawen lambat nie

chill bro... aku kawen umo 34 relax jer, kumpul duit dan enjoy hidup sebagai org bujang tu puas2 dulu dan yg paling penting dan best sekali bile tak berhutang satu sen pun masa nak kawen :)paid


1 lagi...... kalo kawen lambat sila pastikan isteri anda bunting pelamin ya :eek:

so 3 bulan sebelum kawen pastikan stop aktiviti bersendirian dlm bilik air atau dlm bilik sambil layan porn :eek:

bulan pertama berkahwin pastikan sehari kurang2 pun seround, kalo lebih lg afdal :D gandakan usaha bile hari minggu sbb cuti kan :))

last sekali, kalo boleh bincang dengan bakal isteri bile die period setiap bulan then rancang tarikh nikah kalo boleh samada seminggu sebelum period atau seminggu lepas peroid ( waktu ladang subur utk bercucuk tanam) :eek:

selamat mencuba dan selamat maju jaya :)paid
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register