BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai jalan diturunkan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Cukai jalan diturunkan

KUALA LUMPUR - Selepas segolongan pemilik kenderaan mula menerima rebat tunai mulai hari ini, para pemilik yang tidak termasuk dalam senarai itu pula bakal menikmati potongan cukai jalan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid, Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi beberapa jenis kenderaan persendirian diberi pengurangan bayaran berkuat kuasa 1 Jun lalu.

"Pengurangan sebanyak RM50 diberi untuk motosikal persendirian melebihi 250cc, manakala pengurangan sebanyak RM200 diberi bagi kenderaan persendirian melebihi 2,000cc serta jip dan pikap melebihi 2,500cc.

"Namun, pengurangan ini hanya untuk kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel dan ia didaftarkan atas nama individu warganegara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada 4 Jun lalu, turut memaklumkan pemberian rebat dan pengurangan kadar LKM bagi mereka yang layak, dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel.

Berikutan itu bagi kenderaan persendirian termasuk jip dan pikap lebih 2,000cc, cukai jalan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian kapasiti lebih 250cc, cukai jalan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum RM2.

Jelas Ahmad Mustapha, biarpun pengurangan cukai jalan itu berkuat kuasa 1 Jun lalu, pemilik hanya boleh mendapatkan kadar baru itu bermula 24 Jun ini di mana-mana pejabat JPJ, pejabat pos atau melalui kiosk/ portal My-EG.

"Bagi mereka yang memperbaharui cukai jalan pada 1 Jun hingga 23 Jun 2008 dengan kadar lama, bayaran semula perbezaan antara kadar baru dan lama boleh diperoleh dengan mengemukakan permohonan di mana-mana pejabat JPJ berdekatan.

CUKAI MOTOKAR (DIESEL) 2500CC KEATAS (SEMENANJUNG) TURUN RM200 JADI TINGGAL RM1650

MOTOKAR (PETROL) LEBIH 2000CC (LABUAN & LANGKAWI) BAYAR RM2

ABIS YANG LAIN KAT SEMENAJUNG NIE TAK ADA APA-APA PENGURANGAN KER?

MOTOKAR 2000CC KEATS (PETROL) SATU SEN PUN TAK DAPAT?

BERAPA RATUS RIBU KERETA DIESEL BERBANDING DENGAN PETROL?

:mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad:
 
Last edited:
adeh....perdana menteri malaysia...
 
pandainya....

APA YANG PANDAI? PAK BODOLAH NIE NAK MENGAMPU ORANG SABAH KER? ORANG SABAH LER NANTI YANG AKAN MAINKAN DIA BALIK. YANG PANDAI MAIN POLITIK DENGAN ORANG SABAH CUMA MAHDEQ SAJA. PI BACA KISAH 'WE SWIN AND SINK TOGETHER' MAHDEQ DENGAN PAIRIN KITINGAN

:mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad:
 
APA YANG PANDAI? PAK BODOLAH NIE NAK MENGAMPU ORANG SABAH KER? ORANG SABAH LER NANTI YANG AKAN MAINKAN DIA BALIK. YANG PANDAI MAIN POLITIK DENGAN ORANG SABAH CUMA MAHDEQ SAJA. PI BACA KISAH 'WE SWIN AND SINK TOGETHER' MAHDEQ DENGAN PAIRIN KITINGAN

:mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad:

rakyat yg pandai...:)
 
tak lama lagi,tukar la tu....
 
Ni LAH satu2 nya perdana menteri yg aku tgk paling bodoh mengurus negara

cara nk atasi masalah rakyat langsung xdinamik
langsung xmenggambarkan nk atasi dengan ikhlas

yg aku nmpk hanyalah utk menyumbat perut menantu die khairi
entah ape2 bg projek kat POS malaysia utk bayar duit
kalau guna bank xleh ka
terus bank in sape yg ade
yg xde, kerajaan bg draf bank or check
ni nak jugak guna wang pos
ketinggalan betui pak laloh ni

KJ, kalau hang turun belah utara n terserempak ngan aku, tapak kasut jugak aku baling

penasihat paling bodoh utk pak bodohlah
 
Back
Top
Log in Register