BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai diharuskan dalam Islam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kini dilaksanakan oleh Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keharusan melaksanakan GST terpakai selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara serta rakyat.

"Pelaksanaannya harusnya berpandukan parameter syarak seperti kerajaan komited melaksanakan syariat Islam, memerlukan sumber kewangan, cukai dikutip secara adil dan cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat.

"Selain itu, cukai yang dikutip itu hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyat dan hajiyat serta bertepatan dengan ijtihad ulama semasa setempat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa fatwa kebangsaan di sini hari ini. - Bernama
 
harus kot sebab Malaysia bukanlah negara Islam, pemerintahan bercampur aduk muslim dengan non-muslim.. nak tak nak, kena buat negara islam dulu la baru boleh nampak cukai ni haram.
 
yo la...gulingkan kerajaan, haram. menentang dasar kerajaan, bughah. demo, haram. bayar zakat terus kepada asnaf, haram. bayar tol, jihad.
 
kira tak payah bayar pn tak apa la ni
 
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin

Banyak betul fatwa dia ni keluar...

Bayar tol jihad
Cadbury halal
Cukai GST harus

Jiran sebelah rumah masa kecil2 dulu. Tak tahu sekarang ni jadi pak turut.
 
bila pencen nanti br nk ckp itu ini tak kena..
standard la org kita..syg kerusi empuk dr tegakkan kebenaran
 
harus atau x atau rakyat kene tlg kerajaan di sebabkan krjaan tdk ada duit satu isu..yg mnjd persoalan keborosan dan ketirisan yg di lakukan oleh kerajaan dan rakyat pula yg kena menanggung..


ini yg geng2 umno dan termasuk FB xnak pertikaikan
 
Back
Top
Log in Register