g r a n p a
Super Active Member
- Messages
- 5,120
- Joined
- Feb 15, 2008
- Messages
- 5,120
- Reaction score
- 44
- Points
- 70
Elaun kos hidup perlu dibayar tanpa mengira kawasan bagi kurangkan beban pekerja
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mencadangkan supaya kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (Cola) pekerja awam kepada RM500 sebulan di seluruh negara.
Presidennya, Omar Osman, berkata ia bagi mengurangkan beban pekerja dalam menghadapi kenaikan harga barang berikutan penstrukturan semula subsidi minyak.
Beliau berkata, elaun kos hidup yang dibayar melalui Cola juga perlu diselaraskan tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar kerana semuanya mengalami kesan peningkatan kos yang sama. Ketika ini, bayaran Cola adalah berbeza antara RM100 hingga RM300.
Pemberian Cola kepada pekerja perkhidmatan awam pertama kali dilaksanakan pada 2006 sebagai langkah mengurangkan beban pekerja di bandar besar yang menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Cuepacs juga secara rasmi menolak cadangan pembayaran gaji dua kali sebulan serta pengurangan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh peratus.
Keputusan itu adalah antara enam isu utama yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan cadangan kerajaan membantu pengurusan perbelanjaan serta aliran tunai kakitangan awam.
Omar berkata, mereka juga mahu kerajaan memastikan pelaksanaan pengagihan permit perniagaan kecil benar-benar diberikan kepada mereka yang berhak dan mengawasi pihak cuba mengambil peluang mengaut keuntungan.
Beliau berkata, keputusan Kongres itu akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang sememangnya menunggu maklum balas Cuepacs untuk membuat sebarang keputusan membatalkan cadangan atau sebaliknya.
"Cadangan bayaran gaji dua kali sebulan itu sebenarnya tidak membantu meringankan beban serta pengaliran tunai negara khasnya pekerja kelas bawah. Rata-rata pekerja memang menolak idea itu.
"Kita akan setuju jika kerajaan bayar gaji setiap dua minggu, bukan dua kali sebulan. Jika dibayar setiap dua minggu, kakitangan awam akan menerima gaji bersamaan 13 bulan setahun bagi bayaran 52 minggu," katanya pada sidang media di pejabat Cuepacs, di sini semalam.
Mengenai potongan caruman KWSP, katanya pengurangan daripada 11 peratus kepada tujuh peratus adalah merugikan walaupun untuk tempoh jangka pendek kerana nilainya dianggarkan kira-kira RM150 sebulan sedangkan nilai potongan caruman itu tidak akan diganti semula dalam simpanan KWSP.
Isu lain dibincangkan ialah meminta kerajaan mempercepatkan proses penghantaran pulang pekerja asing kerana ia akan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan mendapat permit perniagaan kecil untuk menjalankan kerja sambilan.
Pada masa sama, Cuepacs turut memberi amaran keras kepada Majlis Perbandaran Manjong, Perak kerana mengarahkan pekerjanya bekerja pada setiap hari Sabtu tanpa sebarang bayaran kerja lebih masa dan meminta supaya arahan itu ditarik semula dalam tempoh dua minggu.
bagus la tu...skang ni aku rasa kos sara hidup banda ngan luar banda sama je mahal nye...:-?