BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cucu OKU Mengamuk, Tetak Nenek Dan Moyang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201


Lelaki 21 tahun mengamuk sebelum tikam nenek, tetak moyang


BALING: Lelaki yang menikam nenek sehingga mati dan menetak moyangnya sehingga parah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil semalam dipercayai mengamuk sebelum menyerang kedua-dua mangsa dengan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, berkata suspek berusia 21 tahun itu ditahan pada jam 7.50 malam tadi untuk membantu siasatan.


"Suspek adalah cucu kepada mangsa berusia 65 tahun yang meninggal dunia manakala mangsa yang cedera pula berusia 80 tahun adalah ibu kepada si mati.

"Suspek adalah seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual disyaki mengamuk dan menyerang si mati dan mangsa dengan senjata tajam," katanya dalam kenyataan.

Brandon berkata, senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu sudah ditemui.

Siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mengaku menikam serta menetak nenek dan moyang di tempat kejadian.

"Lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini untuk permohonan reman," katanya.

Polis meminta orang ramai yang ada maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Artikel : Berita Harian
 
ef18aba141675007327aa74e18ab99966942150e33be3


Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun maut, manakala ibunya berusia 80 tahun cedera akibat diserang dan ditetak cucu lelaki yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Malau dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Anak Richard Joe berkata Pejabat Pertanyaan Balai Polis Malau menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 7 malam semalam.

"Suspek yang merupakan lelaki berusia 21 tahun itu dibawa ke balai polis oleh orang awam dan polis bertindak menahan suspek pada 7.50 malam bagi membantu siasatan selepas menerima laporan.

"Siasatan mendapati suspek tiada rekod kesalahan lampau dan telah mengaku menikam nenek serta moyangnya di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah rumah batu setingkat yang dihuni kedua-dua mangsa bersama seorang lagi anak kepada mangsa yang maut.

"Ketika kejadian hanya mereka berdua ada di rumah. Suspek yang merupakan orang kurang upaya (OKU) intelektual itu disyaki mengamuk dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

"Mangsa yang meninggal dunia (nenek) telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera (moyang) dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Baling hari ini bagi permohonan tahanan di bawah Seksyen 117 Akta Prosedur Jenayah, untuk tindakan lanjut

 
LAPORAN KEJADIAN
Tarikh: 16 November 2025
Tempat: Kampung Baru Bakai, Kedah

Maklumat awal - Satu kejadian tikaman telah berlaku melibatkan seorang suspek lelaki yang merupakan cucu kepada mangsa.

1. Mangsa pertama (Tok):
Ditikam di bahagian perut menggunakan sebilah pisau.
Disahkan meninggal dunia .
Mayat telah dibawa ke KK Malau dan kini berada dalam kawalan pihak polis untuk tindakan lanjut.

2. Mangsa kedua (Nyang):
Mengalami kecederaan akibat kelaran di bahagian leher.
Telah dihantar ke Hospital Kulim dan kini sedang menerima rawatan.

Maklumat Suspek:
Suspek telah ditahan oleh pihak polis di Balai Polis Malau.
Ujian air kencing: Negatif.
Tiada rekod kes jenayah lampau.

Disyaki mengalami gangguan bisikan atau halusinasi (unsur gangguan mental/benda halus – tertakluk kepada siasatan lanjut). Pihak polis kini menunggu ketibaan Pasukan K9 dan Unit Forensik dari Alor Setar bagi menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKP)
Kampung Bakai​
 
Hm kalau dengan oku ni, pening jugak.
Nak cas 302 pn xboleh.
Nmpk macam x adil.
Tp tulah hakikatnya.
 
14127886627516757-354836.jpg

14127886627516757-354837.jpg

14127886627516757-354838.jpg

14127886627516757-354839.jpg


Jenazah nenek ditikam cucu selamat dikebumikan


BALING - Jenazah warga emas maut akibat ditikam cucu pada Selasa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakai di sini pada Rabu.

Proses pengebumian yang dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung itu selesai sekitar jam 9.05 malam.

Terdahulu, jenazah yang dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, tiba di rumahnya di Kampung Baru Bakai kira-kira jam 8 malam sebelum dibawa ke Masjid Jamek Kampung Surau Bakai untuk disembahyangkan.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang warga emas berusia 65 tahun maut ditikam cucu sementara ibu mangsa, berusia 80 tahun cedera parah di leher akibat ditetak.

Cucu lelaki berusia 21 tahun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), disyaki mengalami halusinasi semasa kejadian sebelum mengamuk dan menyerang kedua-dua mangsa.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian
 
338f7187f3161a236e6bd143a0985cc96948e83ed3aca

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh neneknya dan mencederakan moyangnya di Kuala Ketil, Baling minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Farhan Zulkefli, 21, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Halimah Hashim, 65, antara 6.40 hingga 6.53 petang di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil pada 16 Dis.


Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh neneknya dan mencederakan moyangnya di Kuala Ketil, Baling minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Farhan Zulkefli, 21, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Halimah Hashim, 65, antara 6.40 hingga 6.53 petang di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil pada 16 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Muhammad Farhan turut didakwa mencederakan Mariyam Ariffin, 80, dengan menggunakan sebilah parang di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan berkenaan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Noor memaklumkan tertuduh sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan laporan psikiatri  mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 6 Jan tahun hadapan untuk mendapatkan laporan berkenaan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas maut ditikam cucunya manakala ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil pada 16 Dis lepas.

 
Back
Top
Log in Register