Jangan abaikan kebersihan tangan anda, kerana tangan yang kelihatan bersih berkemungkinan mempunyai kuman.
Kuman (seperti bakteria dan virus) boleh disebarkan melalui sentuhan tangan yang kotor dan mengundang kemudaratan terhadap kesihatan.
Jom bersama-sama kita mencuci tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer) bagi mengelak penyebaran jangkitan penyakit yang boleh membahayakan nyawa.
Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit.
Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah.
Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer)
Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain
Ketika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya.
Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.