BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cubaan rompak van Armour Security gagal

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831


image.jpg

Rakaman menunjukkan salah seorang perompak (gambar bulat) cuba meragut senapang pump gun daripada pengawal bank dalam kejadian di Jalan Tanjung SD 13/1, Bandar Sri Damansara, pagi tadi.

PETALING JAYA - Tindakan pantas pekerja van keselamatan yang mencampak karung wang tunai ke dalam van dan terus menutup pintu berjaya menyelamatkan wang tunai tersebut daripada dirompak dalam kejadian di Jalan Tanjung SD 13/1, Bandar Sri Damansara, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, empat orang pekerja van keselamatan tersebut sedang menjalankan kerja mengutip wang daripada sebuah bank di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sewaktu rakan sekerja mangsa sedang memasukkan karung tersebut ke dalam van, mereka telah didatangi empat orang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna putih.

Katanya, dua daripada mereka yang memakai topi keledar telah menghampiri pekerja keselamatan itu dalam keadaan mencurigakan manakala salah seorang lagi bertindak merentap serta merampas senjata api jenis pump gun berisi tiga butir peluru yang dipegang oleh pengawal keselamatan yang bersenjata.

“Kejadian itu telah mengakibatkan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan salah seorang suspek mengacukan pistol ke arah mengawal keselamatan itu sebelum bertindak melarikan diri bersama selaras pump gun milik pengawal keselamatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan dan kerugian wang tunai yang dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun berkumpulan dan bersenjata.

Satu video berdurasi 20 saat tular di laman media sosial menunjukkan beberapa petugas keselamatan cuba dirompak ketika memasukkan wang tunai yang dikutip di sebuah bank.

Tindakan pantas salah seorang pekerja keselamatan yang berada dalam van tersebut menutup pintu kenderaan itu berjaya menyelamatkan mereka daripada diserang beberapa lelaki serta melindungi wang dibawa daripada dirampas.


http://www.kosmo.com.my/terkini/video-cubaan-rompak-van-keselamatan-gagal-1.756085
 
Cuai betul yang pegang pump gun tu..

Boleh dia pegang sebelah tangan macam tu..sebelah tangan lg seluk poket..

memang kena rampas la
 
Tekad btul nak rampas..
 
sepatutnya ada eskot kat belakang duduk dalam kereta biasa. supaya boleh tgk2 belakang pekerja2 tersebut.

kalau ada org mencurigakan dari belakang nak rompak, eskot yg dalam kereta terus keluar dan menembak mati perompak dari belakang.

lepas tu tanya alamat rumah perompak, dan bisik ke telinga perompak "he he he, aku tembak keluarga kau skali, dasar perompak" .. dan lepaskan 50 ribu das peluru di kepala perompak.
 
Syukur selamat..pengawal x alert dgn ancaman
 
yang pegang pump gun biasa tgk lebih peduli orang pandang dia dari dia berjaga2 tiap masa awasi operasi tu..
 
Back
Top
Log in Register