BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cubaan anwar utk berputar putar... hehehehe

azmi8888

Active Member
Messages
1,267
Joined
Oct 17, 2008
Messages
1,267
Reaction score
4
Points
25
Kepala surat Kerajaan Israel, satu lagi penipuan Anwar?

KUALA LUMPUR 1 April - Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi penipuan besar Ketua Pembangkang itu.

Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat Kerajaan Israel.

Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diminta mengulas mengenai 'senario pelik' itu berkata, beliau tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang kaki putar belit.

"Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap. Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.

"Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar belit," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com semalam.

Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco.

Selasa lalu, ketua pembangkang itu ketika memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada idea One Israel, menuntut supaya kerajaan membatalkan kontrak perkhidmatan dengan Apco.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat apa yang didakwa kononnya skandal yang mencalar maruah negara.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri perundingan.

"Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua Israel," jelasnya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohsin Fadzli Samsuri berkata, dalam dunia yang serba canggih sekarang segalanya boleh dilakukan termasuk bagi tujuan penipuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai tidak menolak kemungkinan penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu ada unsur penipuan bagi mencemarkan imej kerajaan.

"Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang," ujarnya.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

putar anwar selagi boleh putar... :)):))
 
ada sesiapa boleh tempek surat dari blog anwat tu... aku tak leh access ke blog mamat tu la...
 
israel 2 kalu tanya tanah israel 2 hak sapa punya.. mesti depa ngaku hak depa... pandai ja tpoo depa 2... macam 2 la amerika... bla tanya sokong israel ?? dia x ngaku pown tapi iraq dia p serang.. sedar lah orang umngok... dah mengaji bertingkat2... jangan **** pulak melantun2:eek:
 
israel 2 kalu tanya tanah israel 2 hak sapa punya.. mesti depa ngaku hak depa... pandai ja tpoo depa 2... macam 2 la amerika... bla tanya sokong israel ?? dia x ngaku pown tapi iraq dia p serang.. sedar lah orang umngok... dah mengaji bertingkat2... jangan **** pulak melantun2:eek:

nuar bagaimana pulak sedara ?
 
Kelebihan Nuar adalah mencipta isu dan juga propaganda.Jadi tak heran la.Janji dia dapat jadi PM.Tu je yg dia nak.Dah jadi PM klimaks Nuar habis la.
 
yg aku tgk surat tu mmg la dri kerajaan israel kepada syarikat tu...tp ada ke nuar tu kata surat tu dri syarikat kpd kerajaan israel???
 
yg aku tgk surat tu mmg la dri kerajaan israel kepada syarikat tu...tp ada ke nuar tu kata surat tu dri syarikat kpd kerajaan israel???

hehehe aku pun tak paham dgn depa ni...ikut sedap je nak cakap apa..kuat perasan la..ades..
 
Back
Top
Log in Register