BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas sekarang bukan El Nin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Orang ramai diingatkan tidak panik dengan cuaca panas yang melanda negara kerana ia adalah fenomena biasa ketika peralihan monsun barat daya.

Pengarah Bahagian Korporat dan Komersil, Jabatan Meteorologi, Maznorizan Mohamad berkata, cuaca panas ini juga bukannya fenomena El Nino seperti yang diramal banyak pihak.

“Cuaca panas bermula lebih kurang pada 15 Mei dan keadaan ini dijangka sehingga permulaan September. Monsun barat daya memang kering dan kita akan mengalami musim yang lebih kering daripada biasa.

“Kalau hujan pun, ia kurang daripada biasa. Jadi orang semua sibuk cakap ini El Nino padahal ini adalah musim perubahan monsun barat daya yang muncul mungkin sekali dengan trend untuk kewujudan El Nino,” katanya semalam.

Katanya, ia turut dirasai di negara lain, bahkan ada yang lebih teruk.

“El Nino boleh melanda dalam tempoh tiga hingga tujuh tahun, ia bukan ribut, tapi ia fenomena jangka panjang dan berskala global berlaku kesan interaksi antara lautan dan atmosfera yang berulang setiap tiga ke tujuh tahun.

“Pada masa sama, di bahagian Khatulistiwa Pasifik barat termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina mengalami tekanan atmosfera yang secara relatifnya meningkat sedikit dan ini akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding biasa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memuji sikap orang ramai yang prihatin dengan keadaan cuaca panas yang melanda negara.

“Saintis belum isytihar lagi dunia dilanda El Nino, sekarang ini kalau kita tengok memang suhu naik. Ramai orang masih tidak faham, ramai jadi prihatin dengan isu ini, tapi bagus juga orang berjaga-jaga dan berhati-hati, " katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/cuaca-panas-sekarang-bukan-el-nino-1.289940
 
ayoo kena tadah satu gudang.tkut kering ayo di empangan
 
Kiamat Dah Dekat

Tidak sukar untuk difahami bahawa inilah antara tanda bahawa kiamat sudah semakin dekat.
 
Back
Top
Log in Register