BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Cuaca panas melampau kembali lagi?

Aku pun tak bape suka aircond.

Sebab guna gas kan?

Tak elok untuk kesihatan.

Bil lak tinggi nanti.


Tapi seksa bila panas...tak tahan.

Rasa nak menangis.



Aircond yang jenis high tower tu lagi mahal ke dari yang standard punya?

Lantai pun kena jirus air ni :))
Pijak mozek terasa bahangnya. Apalagi nak baring situ,lepak2 tgk tv.

Memikirkan dah nak pindah, tahan je la, kalo tak dah pasang ekon dah. Dulu ingat taknak pasang sebab taknak bagi anak manja. Tapi sekarang sendiri laki bini dah mcm cacing kepanasan. nak 'hangat2' pun tak boleh sebab mmg dah hangat betul :eek:
 
hebat ko bang tido x psang kipas..
 
Cuaca dijangka panas hingga September

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berhadapan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos sehingga pertengahan September ini, demikian menurut laporan dalam laman web Jabatan Meteorologi Malaysia.


Menurut laporan tersebut, fenomena itu berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan.

"Sepanjang Ogos, kebanyakan tempat di Semenanjung akan menerima hujan pada paras normal dengan jumlah 150mm hingga 250mm kecuali di beberapa tempat di Perak (tengah hingga selatan), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm dan 150mm.

"Namun hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang boleh berlaku di kawasan perairan pantai barat Semenanjung Malaysia pada awal pagi berikutan pembentukan garis badai yang dikenali sebagai 'Sumatras'," menurut laporan itu.

Pada September, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan pada paras normal antara 150mm dan 250mm. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/cuaca-dijangka-panas-sehingga-pertengahan-september-1.728269
 
-delete.. harap maaf
 
Last edited:
Memang panas...panas matahari ni sebahagian bahang api neraka...

kena pakai Polarized,baru relax sikit mata tak silau...tapi harga dia la,at least tujuhrat...
 
Mandi pagi tak berapa sejuk dah. Kulit plak tambah gelap skarang.:D
 
Back
Top
Log in Register