BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Cuaca panas melampau kembali lagi?

musim bil letrik melambung lg
 
Berita Harian Online

D0XxBA9VYAAPLWP.jpg

Matahari terbit dirakamkan di Jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 7.35 pagi ini. Negara dilanda cuaca panas dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 Celsius. Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas ketika ini dijangka berakhir April depan. - NSTP
 
ari ni KB alhamdulillah mendung ja... esok ada ride ke cameron highland..harap2 cuaca mendung jaa
 
kat Perlis lani setiap hari ada ja jerami terbakar
 
hari ni hujan, semalam hujan di kota kemuning siap banjir lg.
 
Last edited:
Belum tahap ekstrem

04hm12putat3_1551654019.jpg

KEADAAN tanah dan rumput yang kering di Pasir Putih, Putatan akibat cuaca panas dan hujan yang kurang ketika ini.





ORANG ramai diminta tidak terlalu bimbang dengan cuaca panas dan kering yang berlaku ketika ini kerana ia adalah fenomena biasa setiap tahun, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jailan Simon.

Bagaimanapun, mereka harus sentiasa berwaspada dengan minum banyak air serta mengurangkan aktiviti luar bagi mengelak terdedah kepada strok haba serta masalah kesihatan lain.

Jalian berkata, cuaca panas dialami pada Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsun timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.

“Pada masa ini lumrahnya memang panas. Matahari menghampiri khatulistiwa, kita pun memang alami situasi ini setiap tahun, tapi kita jangan bimbang sebab kita tak jangka cuaca panas yang ekstrem akan berlaku.

“Bagaimanapun cuaca panas ini akan berkurangan menjelang hujung April nanti. Sebab kita jangka musim peralihan monsun akan masuk hujung Mac dan cuaca panas akan berkurangan menjelang hujung April,” katanya dalam program terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini.

Beliau berkata, walaupun suhu panas dianggar meningkat 0.5 hingga 1 darjah celsius berbanding keadaan biasa, namun ia dianggap normal dan tidak sehingga mencapai suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.

Jailan berkata, beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah dan utara Perak mencatat suhu sehingga 37 darjah celsius iaitu pada tahap kuning atau dalam kategori berjaga-jaga.

Katanya, fenomena El Nino yang dijangka berlaku Mei nanti agak lemah dan tidak memberi impak signifikan kepada cuaca di negara ketika ini.

Jabatan itu sentiasa memantau suhu semasa setiap hari dan berkongsi maklumat dengan Agensi Pengurusan Bencana dan agensi lain seperti Jabatan Kesihatan dan Pendidikan untuk tindakan sewajarnya.

Jailan berkata, perkara yang menjadi kebimbangan ketika cuaca panas adalah paras air di empangan merosot disebabkan taburan hujan yang berkurangan seperti di Johor dan Sabah yang berlaku ketika ini dan kemungkinan berdepan krisis air.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/429524/belum-tahap-ekstrem






.
 
Back
Top
Log in Register