Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
27.04.2023 - Kuala Lumpur, Menurut ibu Muhamad Syamil Aqil, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat strok haba dan dehidrasi. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok di Bachok, Kelantan menjadi mangsa pertama strok haba apabila dilaporkan meninggal dunia, pada Selasa. Mangsa, Muhamad Syamil Aqil dikatakan meninggal dunia pada 9.27 pagi semasa sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik. Ibu mangsa dikenali sebagai Wanie berkata, hasil bedah siasat dilakukan mengesahkan anak lelaki sulung daripada tiga beradik itu maut akibat strok haba dan dehidrasi.
“Doktor merawat memberitahu buah pinggang, jantung anak sudah hangus. Di dalamnya sudah kosong, air dan darah dalam badan sudah kering,” katanya menurut Sinar Harian.
Dalam pada itu, Wanie berkata anak lelakinya itu dilihat aktif berbasikal ketika menyambut Aidilfitri pada hari raya pertama dan kedua. Bagaimanapun, beliau berkata pada raya ketiga, anaknya mengalami demam biasa dan cirit birit. “Saya memantau suhu badan anak setiap satu jam sekali, namun ia tidak tinggi hanya sekitar 37 hingga 38 darjah.
“Hari raya keempat selepas Subuh, anak kelihatan lemah. Saya kemudian mengajak suami membawanya ke klinik, tetapi tiba-tiba anak mengalami kekejangan,” katanya.
Wanie berkata, selepas anaknya menghembuskan nafas terakhir di klinik, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. Mangsa merupakan pelajar Tahun 5, Sekolah Kebangsaan (SK) Perupok itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, selepas Isyak pada hari sama. Sementara itu, Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkaitan kes terbabit.